Belajar Indikator RSI Saham Secara Percuma

RSI ataupun Relative Strength Index merupakan salah satu indikator yang terdapat dalam kelas Oscillator. Kesemua indikator yang berada di dalam kelas Oscillator digunakan untuk mengukur momentum pasaran yang sedia ada. Malah indikator ini merupakan indikator yang popular dalam kalangan pelabur. Jadi, mari kita teruskan misi kita untuk mempelajari indikator RSI ini.

Komponen Indikator RSI

Sebelum kita mengulas lebih lanjut, perlu kita mengetahui apakah komponen yang terdapat di dalam indikator RSI. Secara amnya, komponen-komponen RSI adalah seperti berikut.

Ruang Oscillator

Ruang dan jarak yang direka untuk membaca pergerakan harga. Bacaan bermula dari 0 – 100

Overbought Level

Sebuah aras bermula dari bacaan 70 – 100. Apabila harga kaunter mencapai kawasan ini, ia dianggap sebagai overbought dan harga mungkin jatuh dan akan melakukan correction ataupun reversal.

Oversold Level

Sebuah aras bermula dari bacaan 0 -30. Apabila harga kaunter telah mencapai kawasan ini, ia dianggap sebagai oversold dan harga munkin akan naik sama ada correction move ataupun reversal move.

Line

Terbentuk daripada kiraan parameter yang telah ditetapkan dan faktor utama untuk mendapatkan data garisan ini adalah close price semasa. Kiraan yang melibatkan antara close price dan period parameter akan menghasilkan output dan bacaan output tersebut akan membentuk line ini.

Setting Indikator RSI Yang Terbaik

Setting parameter yang paling mudah adalah dengan menggunakan default parameter 14. Pengubahan nilai pada parameter hanya menyokong berapa lama data terkebelakang yang perlu diambil dan digunakan untuk menghasilkan bacaan RSI. Oleh itu, sedikit petua untuk memahami parameter RSI ini adalah.

  1. Semakin besar period parameter yang dimasukkan semakin kurang sensitif perubahan RSI, semakin sedikit signal yang terhasil serta semakin kurang anda menghadapi noise market.
  2. Semakin kecil period parameter yang dimasukkan, semakin tinggi sensitiviti indikator RSI, semakin banyak signal yang terhasil dan semakin kerap anda akan menghadapi noise market.

Cara Guna Indikator RSI Dalam Saham

Cara pertama adalah cara yang kebanyakan orang gunakan iaitu, apabila bacaan RSI sampai di kawasan OB (70-100) maka pelabur akan sell manakala jika telah mencapai kawasan OS (0-30) maka pelabur akan buy.

Cara kedua adalah dengan menggunakan bacaan RSI sebagai petunjuk momentum. Apabila price telah mencapai kawasan OB, ia menunjukkan price mungkin akan bullish pada jangka masa yang lama dan correction movement akan berlaku untuk menghasilkan zigzag. Begitu juga dengan Sell. Oleh itu, kebanyakan pelabur akan mula mencari entry pada level 50 di dalam RSI sebagai kawasan untuk melakukan entry selari dengan momentum yang ditunjukkan oleh RSI. Ada juga pelabur yang lebih gemar untuk menunggu price melakukan breakout dikawasan High price yang ditunjukan oleh indikator RSI melalui zon Overbought atau Oversold. Mereka akan menanda kawasan tersebut dengan menggunakan horizontal line dan menunggu sehingga sebatang candle berjaya close diatas horizontal line tersebut sekiranya price di zon OB.

RSI momentum

Cara ketiga adalah dengan mencari price divergence menggunakan RSI. Divergence adalah satu keadaan dimana swing price antara chart price dan pergerakan RSI tidak selari. Kebiasaannya apabila divergence terjadi, maka ianya petunjuk bahawa reversal trend akan berlaku.

Kesimpulan

Berdasarkan pengalaman peribadi, saya tidak memilih RSI sebagai salah satu indikator yang digunakan dalam trading plan saya. Antara sebab saya tidak memilih RSI adalah ianya terbentuk daripada satu line sahaja dan agak sukar untuk menentukan perubahan harga yang ketara. Malah, agak suka untuk harga market mencapai level OB dan OS dan anda mungkin akan makan hati apabila melihat harga chart telah bergerak jauh tetapi tidak dapat melakukan entry disebabkan RSI masih tidak berada di kawasan OB atau OS. Saya harap objektif hari ini untuk belajar indikator RSI saham telah dicapai secara sempurna. Terima kasih.

Baca : Teknik Moving Average Untuk Saham Malaysia

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →