Teknik Intraday Saham Pedagangjawa

Bismillahirrahmanirrahim

Intraday merupakan suatu teknik yang mana seorang trader akan membeli sesuatu kaunter kemudian menjualnya pada hari yang sama. Di internet, anda boleh jumpa banyak teknik intraday saham serta cara kerja bagaimana untuk melakukan intraday. Hari ini saya akan terangkan secara terperinci apa itu teknik intraday saham.

DIbawah merupakan video penuh bagaimana untuk anda melakukan Teknik Intraday Saham Pedagangjawa

Dua Aliran Teknik Intraday Saham

Secara amnya, terdapat dua jenis aliran iaitu momentum based dan juga contrarian based. Momentum based adalah satu aliran yang mana player intra tersebut akan cuba mengesan volume spike yang tinggi yang dianggap sebagai momentum. Kemudian, mereka akan masuk entri bersama-sama volume tersebut dengan jangkaan harga akan terus naik berdasarkan momentum. Mereka inilah yang terpaksa duduk dihadapan komputer untuk monitor volume spike yang berlaku dalam kaunter. Secara amnya, kesemua vol spike yang melebihi 1 juta unit akan diperhatikan oleh mereka.

Aliran kedua adalah contrarian based, iaitu seorang trader akan cuba melawan harga semasa. Mereka akan beli semasa harga turun. Kebanyakan contrarian trader adalah mereka yang trade menggunakan market depth. Dengan membaca market depth, mereka akan tahu dimanakah immediate support dan juga immediate resistance pasaran ketika itu.

Kriteria Seorang Intraday Trader

Untuk menjadi seorang intraday trader, yang pertama adalah anda perlu mempersiapkan peralatan anda. Yang dimaksudkan peralatan adalah set komputer, sambungan internet serta broker yang tidak mempunyai server yang lag. Semua ini adalah satu keperluan yang vital disebabkan anda bermain dengan kepantasan untuk key in order. Rugi sekiranya jika anda jumpa setup intraday yang cantik, namun tak dapat key in order dengan cepat disebabkan masalah peralatan anda seperti komputer yang lembab dan sambungan internet yang perlahan.

Kedua, modal anda harus tebal, tapi tidak setebal manapun. Apa yang perlu anda pertimbangkan adalah kos brokerage. Sebagai contoh, broker Mplus mempunyai kos brokerage sebanyak RM 30 roughly untuk buy sell transaction. Jadi, anda kena pastikan bahawa jangkaan keuntungan anda melebihi kos brokerage. Jika anda mempunyai modal yang kecil, mungkin anda tidak mempunyai pilihan kaunter yang banyak dan terpaksa membeli kaunter penny yang berat. Berbeza dengan mereka yang mempunyai modal yang besar, mereka mempunyai pilihan untuk memilih kaunter yang lebih baik dan volatile.

Flow Sebuah Teknik Intraday Saham

Terdapat satu flow yang perlu intraday player lakukan iaitu.

  1. Stock Picking
  2. Timing Entri
  3. Analisa Kaunter
  4. Entri TP dan SL

Stockpicking adalah satu proses pemilihan kaunter yang sesuai untuk teknik intraday saham. Dua ciri utama yang perlu dititik beratkan adalah faktor volatility dan juga volume. Sebuah kaunter yang sesuai untuk intraday adalah kaunter yang mempunyai volatility yang tinggi beserta volume yang tinggi. Volatility yang tinggi membantu trader untuk secure profit dengan pantas manakala volume yang tinggi membantu trader untuk liquidate belian saham mereka dengan cepat.

Timing entri pula menceritakan tentang bilakah masa untuk melakukan entri. Ada yang melakukan entri berdasarkan event based dan ada juga berdasarkan fixed time. Event based bermaksud mereka akan masuk entri apabila terjadi kejadian yang menepati signal mereka seperti volume spike ataupun signal yang dijana oleh analisa teknikal. Fix time pula merujuk meletakkan order ketika pre market yang mana waktu tersebut merupakan waktu yang paling banyak que akan masuk sebelum market open.

Kemudian anda akan melakukan analisa terhadap kaunter anda. Sama ada anda memerhatikan market depth ataupun volume surge, terpulang kepada teknik masing-masing. Dan yang terakhir adalah menetapkan area TP dan juga CL. Bagi trading plan dan setup yang cantik, RR haruslah sekurang-kurangnya 1:1 atau yang paling cantik adalah 1:2

Kesimpulan

Teknik Intraday saham ini mempunyai pelbagai cara dan pendekatan. Anda boleh pilih berdasarkan yang mana anda inginkan. Bagi teknik intraday pedagangjawa, saya menggunakan contrarian based dan pembangunan teknik tersebut dikreditkan kepada PR Trader, R1T, SGX Academy dan juga Angelic Trader. Sekian terima kasih.

Rujukan

  1. PR Trader
  2. R1T
  3. SGX Academy
  4. Angelic Trader

Baca lagi : Apa itu Paper Trade Dalam Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →