Apa itu Paper Trade Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Paper trade merupakan satu simulasi yang membenarkan seorang pelabur untuk berlatih membeli dan menjual menggunakan duit virtual. Terma paper trade ini wujud sebelum zaman online platform lagi yang mana ramai pelabur berlatih diatas kertas dahulu sebelum membeli sesuatu saham. Selain tahu apa itu paper trade, semua hasil yang terjadi akan direkodkan seperti untung rugi dan posisi entri.

Manfaat Berlatih Menggunakan Paper Trade

Dewasa ini, penggunaan online platform semakin meluas dan telah meningkatkan populariti paper trading. Selain itu, paper trading juga dikenali sebagai forward test. Anda boleh melakukan aktiviti paper trade saham secara percuma di dalam website seperti dibawah:

  1. Bursamarketplace
  2. Investingdotcom

Untuk mendapatkan manfaat yang optimum daripada aktiviti paper trade, anda haruslah menggunakan teknik dan strategi yang sama ketika anda ingin membeli atau menjual saham secara live. Antaranya, seperti kiraan risiko, pengurusan kewangan, objektif keuntungan, serta jangka masa pelaburan. Sebagai contoh, jika anda seorang swinger, paper trade tidak akan membantu anda jika anda aplikasikan teknik day trader.

Paper trade juga membantu trader dan pelabur untuk menyesuaikan diri dengan flow untuk membeli dan menjual sesuatu saham. Bagi pelabur baru, pasti akan terasa kekok dan was was bagaimana nak memasukkan order di dalam pasaran seperti lot, harga dan juga GTD. Selain itu, ia juga boleh bantu pelabur baru untuk menggunakan semua jenis order bagi kegunaan Stoploss dan juga Target Price.

Kelemahan Paper Trade Dalam Pelaburan

Selain tahu apa itu paper trade, terdapat kelemahan yang perlu anda tahu apabila menggunakan simulasi ini. Kebiasaannya, apabila anda melakukan paper trade, ia tidak akan melibatkan faktor emosi kerana tiada duit yang sebenar akan terlibat. Namun, ketika live trading, faktor emosi merupakan faktor terbesar dalam pelaburan. Perasaan tamak, takut, tak sabar, semuanya bercampur campur dan ianya berbagai-bagai bagi setiap pelabur.

Disebabkan tiadanya faktor emosi dalam paper trade, anda mungkin tidak mendapat latihan secara 100% untuk menghadapi market yang sebenar. Mahu tidak mahu, untuk melatih emosi anda, anda perlu untuk menggunakan duit sebenar untuk membeli dan menjual sesuatu saham. Anda disarankan untuk menggunakan sedikit duit yang sanggup rugi dengan amaun yang kecil seperti RM 1,000 untuk engage dalam trading sebenar. Ianya akan bantu anda untuk membangunkan dan melatih emosi anda dalam trading.

Jangkamasa Untuk Buat Paper Trading

Secara asasnya, paper trade amat membantu pelabur baru dalam mempelajari teknikaliti dalam trading seperti menguruskan order, membangunkan trading plan dan sebagainya. Oleh itu, semakin banyak entri yang anda laksanakan ketika paper trading, maka semakin singkat masa yang anda perlukan untuk terus menggunakan akaun demo paper trade.

Anda tidak perlu risau berkenaan dengan duit virtual kerana anda boleh set hingga ke level infiniti. Oleh itu, jika anda ingin belajar dengan cepat, cari sebanyak mungkin setup analisis berdasarkan trading plan dan lakukan entri. Dengan ini ia akan membantu akan memahami teknikaliti proses pelaburan dengan cepat.

Bagi saya, durasi penggunaan paper trade dalam tempoh sebulan adalah berpatutan kerana ia memberikan anda masa untuk melihat hasil daripada analisa anda. Bagi mereka yang menggunakan analisa fundamental, ianya bergantung sejauh mana anda ingin hold kaunter kaunter tersebut.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan apa itu paper trade, manfaat dari paper trade serta kelemahan yang ada di dalam proses ini. Jika anda seorang pelabur baru, anda sangat disarankan untuk mempelajari tentang saham bermula dengan akaun demo paper trade. Diharap artikel ini dapat membantu anda memahami apa itu paper trade.

Rujukan : Investopedia

Baca Lagi : Portfolio Pelaburan

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →