Enam Cara Untuk Tingkatkan Keuntungan Portfolio Pelaburan

Bismillahirrahmanirrahim

Dewasa ini, ramai pelabur yang sering mencari-cari bagaimana untuk meningkatkan lagi keuntungan dalam portfolio pelaburan mereka. Artikel ini akan menunjukkan tentang sedikit tips yang boleh bantu anda untuk meningkatkan keuntungan anda dan dalam masa yang sama mengelakkan anda daripada membuat kesilapan dalam pelaburan. Sebagai contoh, adakah anda perlu memilih bon atau saham? Saham Mid Cap ataupun Saham Large Cap?

Cara Pertama : Memilih Saham berbanding Bon

Walaupun saham mempunyai risiko yang lebih besar, namun dengan kombinasi antara kedua dua produk ini boleh mengawal risiko supaya tidak terlalu besar dan dalam masa yang sama boleh menaikkan keuntungan portfolio pelaburan anda. Sebagai contoh, pada tahun 2010, Index SnP 500 berjaya meraih keuntungan sekitar 9.9% berbanding Bon Kerajaan US pada kadar 5.5%.

Cara Kedua : Memilih Syarikat Mid Cap berbanding Large Cap

Sejarah prestasi syarikat-syarikat di dalam bursa menunjukkan bahawa syarikat bertaraf Small Cap atau Mid Cap sentiasa berjaya outperformed syarikat bertaraf Large Cap. Walaupun syarikat Small Cap atau Mid Cap mempunyai risiko yang tinggi kerana masih tidak mempunyai rekod perniagaan yang cantik, aset yang kecil dan pengoperasian yang sederhana, namun syarikat-syarikat inilah yang mampu menjana keuntungan capital gain yang lebih tinggi berbanding daripada saham syarikat Large cap.

Cara Ketiga : Menguruskan Perbelanjaan Kos dalam Saham

Pendekatan bagaimana anda menguruskan belian dan jualan dalam portfolio pelaburan anda akan memberi kesan secara langsung kepada kos pelaburan anda. Secara amnya, terdapat dua cara utama untuk melabur iaitu secara aktif ataupun pasif. Pengurusan portfolio pelaburan secara aktif secara relatifnya menunjukkan kos pelaburan lebih tinggi berbanding pasif.

Pengurusan portfolio secara aktif akan melibatkan aktiviti pemilihan saham dan juga masa yang sesuai untuk membeli atau menjual. Semua aktiviti tersebut memerlukan kajian yang mendalam dari penganalisa saham, baik dari segi analisa fundamental, teknikal ataupun catalyst. Proses tersebut memerlukan kos yang tinggi dan kekerapan anda untuk menjual dan membeli sesuatu saham juga agak tinggi.

What Is Passive Portfolio Management
Karakteristik antara Active Management dan Passive Management

Berbeza dengan pengurusan portfolio secara pasif, anda hanya membeli semua saham yang ada di dalam indeks dan biarkan sahaja harga bergerak dan menikmati dividen yang ditawarkan serta capital gain dalam jangka masa panjang. Kebanyakan pengurus dana gagal untuk mencapai aras keuntungan yang ingin dimiliki di dalam dunia yang nyata. Jadi, lebih baik anda beli sahaja keseluruhan saham dalam indeks tersebut yang mana kosnya lebih murah berbanding pengurusan portfolio pelaburan secara aktif.

Cara Keempat : Memilih Value berbanding Growth Stock

Value stock merupakan saham yang mempunyai asas fundamental syarikat yang kukuh seperti QR report yang positif, hutang yang sihat serta margin keuntungan syarikat yang tinggi. Berbeza dengan Growth stock yang mana fundamental syarikat masih tidak dapat dibuktikan, kekuatan growth stock adalah pulangan capital gain yang cukup tinggi jika dibandingkan dengan Value Stock. Dalam jangka masa yang panjang, value stock mampu memberi keuntungan pada risiko yang rendah, berbeza dengan growth stock yang terpaksa berhadapan dengan risiko yang tinggi.

Cara Kelima : Imbang Semula Portfolio Pelaburan

Kebiasaanya, apabila anda menguruskan portfolio pelaburan anda, anda sering untuk terkeluar dari ratio pelaburan yang ditetapkan. Sebagai contoh, anda berhasrat untuk melabur sebanyak 50% dana dalam saham dan 50% dana dalam ETF. Tetapi, disebabkan terjadinya bull rally dalam pasaran, anda telah menjual pegangan ETF anda dan membeli saham menjadikan ratio pelaburan anda menjadi 60%/40%.

Sekiranya perkara ini terjadi, proses imbang semula portfolio pelaburan harus dilaksanakan. Antara kaedah yang digunakan adalah seperti berikut.

  1. Tambah duit anda dan beli mana-mana bahagian yang kurang
  2. Jual bahagian yang berlebihan dan beli bahagian yang kurang
  3. Jual bahagian yang berlebihan dan simpan sebagai cash.
What is portfolio rebalancing? | Learn more | E*TRADE
Contoh proses rebalancing dilaksanakan

Kesimpulan

Walaupun pengurusan portfolio pelaburan ini nampak seperti susah, namun pada hakikatnya ianya adalah mudah apabila anda sudah biasa. Apa yang penting adalah anda harus uruskan portfolio anda berdasarkan ratio pelaburan yang telah anda tetapkan. Selain daripada faktor keuntungan dan risiko anda juga harus fokus kepada faktor kos yang terlibat setiap kali jual beli saham dilakukan.

Rujukan

  1. Investopedia

Baca lagi : Diversifikasi Dalam Pelaburan

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →