Bismillahirrahmanirrahim
Di dalam dunia trading forex, seseorang trader haruslah mempunyai sebuah sistem trading ataupun strategi forex yang baik. Strategi forex ini terhasil apabila seseorang trader mempunyai trading plan yang mana ianya menerangkan dimanakah trader ingin melakukan entry, meletakkan TP dan menggunakan SL. Namun tahukah anda apakaha elemen elemen yang perlu ada untuk menentukan strategi forex itu adalah baik dan boleh digunakan dalam jangka masa panjang.
Fakta Salah Berkaitan Dengan Strategi Forex
Kebanyakan trader baru mencari strategi trading yang jitu hanyalah berdasarkan kepada growth yang mampu dijana oleh sesebuah sistem tersebut. Namun, kebanyakan trader tidak mengambil peduli berapakah jumlah draw down yang dilalui oleh sistem trading tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita melihat ramai trader baru tewas dengan market kerana tersalah memilih strategi forex yang tidak lengkap. Jadi mari kita lihat elemen elemen yang wajib ada dalam strategi forex yang baik.
Elemen-Elemen Penting Dalam Strategi Forex
Target Keuntungan
Penting untuk sesebuah strategi forex mempunyai target keuntungan. Dengan adanya objektif keuntungan, ia menjadikan sesuatu sistem trading lebih terarah, berbanding membiarkan target tersebut kepada unlimited. Sebagai contoh strategi forex tersebut mensasarkan sebanyak 30% keuntungan maksimum setiap bulan. Apabila target telah dicapai, anda disarankan untuk berhenti trade ataupun menggunakan kaedah scale in lot anda menjadi semakin kecil.
Pair Yang Ingin Didagangkan
Sebuah sistem trading yang bagus akan menyatakan apakah jenis pair yang ingin didagangkan. Dengan memilih pair yang ingin didagangkan, seseorang trader boleh mengetahui apakah jenis risiko, volatility yang bakal dihadapi serta keuntungan yang boleh diperolehi melalui pair tersebut. Sebagai contoh, sekiranya trader tersebut mempunyai risk tolerance yang sederhana maka mereka lebih gemar memilih major pair seperti EUR/USD.
Waktu dan Masa Untuk Trade
Ianya penting untuk kita tahu bilakah kita akan mulakan trade. Bagi scalper, mereka cuba untuk trade semasa volatility low dan mengelak daripada bertembung dengan news disebabkan kadar spread yang melampau. Berbeza pula bagi swinger ataupun intraday, mereka memerlukan volatility untuk meraih keuntungan pada kadar yang memuaskan.
Risk and Reward
Kebanyakan professional trader menyarakan strategi forex yang bagus adalah strategi forex yang menjadikan RR 1:3 sebagai kayu ukur. Logiknya, walaupun anda lost sebanyak dua kali, namun dengan satu entry dapat membuatkan akaun balance anda menjadi positif secara keseluruhannya. Selain itu, mereka juga menyarankan agar hanya menggunakan 3% dari modal sebagai risiko.
Penentuan trend
Strategi yang bagus adalah strategi yang menerangkan apakah trend semasa yang dilihat berdasarkan sistem yang dibangunkan. Oleh itu para trader boleh mengetahui adakah ianya projection trend ataupun retracement trend. Melalui pemahaman jenis trend yang berlaku, trader boleh mengambil keputusan untuk meletakkan TP pada jangka masa yang lebih panjang ataupun dalam masa yang singkat.
Signal Entry
Anda harus mempunyai signal untuk anda melakukan entry. Sebagai contoh signal entry adalah apabila terjadi pembentukan CRS, maka entry akan dilaksanakan. Terdapat juga sistem yang menggunakan dua atau tiga indikator sebagai confirmation tool. Contohnya, CRS yang terbentuk dikawasan Overbought dan Oversold lebih meyakinkan berbanding CRS yang tidak berlaku di kawasan OB atau OS.
Signal Exit
Terdapat banyak cara untuk sesebuah strategi forex untuk exit. Ada strategi yang menyarankan exit melalui keadaan, atau masa, ataupun predetermined level seperti SL dan TP. Setiap exit mempunyai kekuatan masing-masing dan anda harus lihat adakah ianya sesuai dengan anda.
Secara amnya, sekiranya sesebuah strategi forex itu mempunyai semua elemen yang ditunjukkan seperti diatas, maka ianya merupakan satu strategi forex yang baik. Anda boleh download ebook Forex Zero SWAP secara percuma kerana ebook tersebut menerangkan strategi Forex Zero SWAP yang telah merangkumi semua elemen yang dinyatakan seperti diatas.