Arti Pump and Dump Dalam Trading

Bismillahirrahmanirrahim

Pump and dump merupakan antara aktiviti-aktiviti spekulator yang telah banyak mengorbankan dan menghanguskan duit pelabur-pelabur baru. Oleh itu, aktiviti ini amat dipandang berat oleh Bursa Saham Kuala Lumpur Malaysia yang juga menjadi salah seorang pihak pemantau bagi melindungi duit para pelabur dari aktiviti pump and dump ini. Namun tahukah anda apakah arti pump and dump dalam trading dan kesannya kepada para pelabur?

Maksud Pump and Dump Dalam Trading

Berdasarkan daripada website BSKL Malaysia, aktiviti pump and dump ialah seseorang yang mengambil kedudukan jauh dalam sekuriti dan menyebarkan maklumat yang mengelirukan tentang sekuriti bagi menaikkan harganya dan kemudian menghapuskannya pada harga yang lebih tinggi.

Bagaimana Aktiviti Pump and Dump Berlaku

Seorang pelabur atau orang dalaman telah melakukan belian secara bulk purchase terhadap sesuatu saham yang ingin dimanipulasi. Kebiasaannya mereka memilih kaunter penny stock yang mana harga kaunter ini sangat murah. Mereka ini memanipulasikan ketamakan para pelabur yang lain yang mana kebanyakan pelabur sedia maklum bahawa kaunter penny stock yang biasanya datang daripada ace board mempunyai ruang perkembangan yang tinggi berbanding kaunter main board.

Sebagai contoh kaunter ace board mampu mencapai pertumbuhan sehingga 100% dari harga saham semasa berbanding kaunter main board yang agak sukar untuk mendapatkan pertumbuhan seperti itu. Jadi mereka mula menyebarkan rumours yang menyatakan bahawa kaunter ini bagus untuk dibeli dengan memberikan maklumat yang mengelirukan kepada orang awam, bukannya melalui laporan kewangan yang sah.

Mereka cuba untuk membeli lebih banyak saham kaunter tersebut dengan melakukan aktiviti pumping untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa kaunter tersebut sedang hot dan terdapat peningkatan harga saham. Apabila pelabur lain mula terpengaruh dan merasakan impak kenaikan harga saham itu, maka berpusu pusulah pelabur yang lain untuk membeli saham kaunter tersebut.

Sekiranya ianya telah berlaku, pelabur yang melakukan aktiviti pump and dump ini hanya menunggu masa untuk price saham tersebut meningkat secara mendadak. Bayangkan jika sebelum ini dia membeli seunit saham hanya berharga RM 0.10, namun disebabkan panic buy yang terjadi, maka saham tersebut melonjak sehingga RM 0.20 yang mana terjadi kenaikan sehingga 100% dalam tempoh yang cukup singkat.

Apabila objektif keuntungan mereka telah tercapai, maka mereka akan menjual seluruh pegangan saham mereka dan menyebabkan harga saham kaunter tersebut jatuh dan ramai pelabur yang tersangkut pada harga yang tinggi mula melakukan panic sold. Akhirnya price terus menerus jatuh apabila tiada lagi pelabur yang berani memegang saham kaunter tersebut dan itulah yang dipanggil sebagai dumping.

Complete Guide for Trading Pump and Dump Stocks
Contoh Pump and Dump yang berlaku. Price meroket kemudian menjunam secara mendadak

Cara Mengelakkan Menjadi Mangsa Aktiviti Pump and Dump

Untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi mangsa mereka, sentiasa berpegang kepada fakta daripada laporan kewangan yang sah dan jangan terlalu percaya kepada rumours yang dicipta oleh para pelabur yang lain. Selain itu sentiasa mempunyai trading plan yang baik yang mana ianya merangkumi dimana untuk entry dan exit secara untung atau rugi.

Semoga kita semua dilindungi daripada menjadi mangsa aktiviti pump and dump ini. Sekian terima kasih.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →