Strategi Bullish Divergence Saham Yang Power

Bismillahirrahmanirrahim

Bullish Divergence adalah satu analisa teknikal yang sinonim dengan trader trader lama. Ia antara topik yang advance apabila diajar di dalam mana mana kelas saham atau forex. Artikel kali ini akan menerangkan tentang anda tentang strategi bullish divergence saham yang boleh anda gunakan dalam aktiviti pelaburan atau dagangan anda. Untuk tengok bagaimana untuk spot divergence dalam saham, sila tonton video youtube yang telah saya kepilkan di dalam artikel ini.

Maksud Bullish Divergence Saham

Divergence adalah satu keadaan yang mana harga sesuatu aset bergerak berlawanan dengan indikator teknikal dan kebiasaannnya indikator dari kelas oscillator, ataupun berlawanan dengan data data yang lain. Divergence juga ingin memberi amaran bahawa trend semasa mungkin semakin melemah dan reversal trend akan berlaku pada bila bila masa sahaja.

Terdapat dua jenis divergence iaitu bullish divergence dan juga bearish divergence. Bullish divergence menunjukkkan kebarangkalian untuk uptrend reversal terjadi selepas pergerakan downtrend manakala bearish divergence menunjukkan uptrend semakin melemah dan reversal downtrend bakal terjadi.

Apa Yang Bullish Divergence Saham Ingin Cerita Pada Anda

Divergence adalah satu signal bahawa pergerakan harga sesuatu kaunter akan terjadi secara besar besaran sama ada menaik ataupun menurun. Bullish divergence terjadi jika harga sesuatu aset membuat swing low terbaru tetapi indikator menunjukkan pergerakan yang berlawan. Berbeza dengan bearsih divergence, harga membuat swing high terbaru tetapi indikator menunjukkan pergerakan menurun.

Josh Olszewicz (I will not dm you) on Twitter: "useful trading cheat  sheets… "

Kebanyakan trader menggunakan divergence sebagai early spot kepada trend reversal. Sebagai contoh, seorang pelabur telah menggunakan Relative Strength Index indikator untuk kesan dimanakah bullish divergence saham bakal berlaku. Jika saham tersebut membuat swing hi terbaru, senario yang biasa terjadi adalah RSI juga akan mencapai level Overbought (70-100). Disinilah kita akan buat perbandingan antara pergerakan harga dan juga pergerakan indikator. Jika RSI menunjukkan penurunan, tetapi harga menunjukkan kenaikan, trend semasa sedang mengalami kelemahan dan reversal bakal berlaku. Apabila divergence telah dikesan, trader akan ambil kesempatan sama ada ingin keluar dari pasaran ataupun meletakkan trailing stop dalam keadaan yang positif. Untuk kes bullish divergence, ia akan berlaku secara vice versa.

Limitasi Menggunakan Divergence Saham

Divergence juga tidak lari daripada mempunyai error rate seperti analisa teknikal yang lain. Ia juga memerlukan kombinasi indikator lain untuk confirmkan bahawa reversal benar benar berlaku. Memandangkan divergence ini hanya valid semasa trending, maka teknik ini banyak kecundang ketika sideway sedang berlaku. Malah, jika market terlampau optimist, reversal yang ditunjukkan oleh divergence mungkin tidak valid dan lantunan harga daripada signal divergence mungkin bersifat sementara. Selain itu, signal divergence saham juga agak lambat untuk dihasilkan. Mungkin akan menguji kesabaran bagi mereka yang trade untuk short term.

Indikator Untuk Spot Bullish Divergence Saham

Antara contoh indikator yang boleh digunakan untuk spot bullish divergence adalah seperti berikut :

  1. Relative Strength Index
  2. Stochastic Oscillator
  3. Money Flow
  4. Accumulation / Distribution
  5. MACD

Kesimpulan

Artikel ini telah menjelaskan dari maksud bullish divergence saham, jenis jenis divergence yang ada iaitu regular hidden serta exaggerate. Malah ia turut menunjukkan apakah indikator yang sesuai untuk spot divergence bagi kegunaan para pelabur. Diharap ia dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Sekian terima kasih.

Rujukan : Investopedia.com

Baca lagi : Kisah Rugi Main Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →