Bismillahirrahmanirrahim
Clearing House direka sebagai pemudahcara atau orang tengah antara buyer dan seller dalam pasaran modal. Ia akan mengesahkan dan menentukan segala transaksi aset antara buyer dan seller menepati perjanjian yang telah termaktub didalam kontrak. Semua pasaran modal mempunyai clearing house tersendiri untuk menguruskan urusan transaksi tersebut
Tanggungjawab Clearing House Dalam Aktiviti Dagangan atau Pelaburan
Sesebuah clearing house akan melakukan tugas meyempuiirnakan semua jual beli, menguruskan akaun trading, memungut bayaran margin bagi pengguna kontra, memastikan penyerahan aset kepada pemilik baru serta membuat laporan data dagangan. Ia juga akan bertindak sebagai pihak ketiga bagi pasaran derivatif iaitu option dan juga future. Sebagai contoh, ia akan menjadi buyer kepada clearing member seller dan vice versa
Clearing house akan melaksanakan tugasnya apabila buyer dan seller telah melakukan dagangan. Tugasnya adalah untuk memuktamadkan proses jual beli antara kedua belah pihak sebelum mengesahkan transaksi belian dan jualan. Sebagai orang tengah, ia juga menawarkan aspek keselamatan dan kecekapan dalam menguruskan transaksi malah memberikan kestabilan pengurusan aktiviti dagangan dalam pasaran.
Untuk menentukan clearing house dapat berfungsi dengan cekap, mereka akan sentiasa berada diposisi yang berlawanan dengan transaksi yang dilakukan oleh client. Dengan cara ini, ia dapat merendahkan kos pengurusan yang melibatkan banyak transasi dan juga pihak. Selain dari merendahkan risiko dan bertindak sebagai counter kepada buyer dan seller, mereka juga terdedah dengan risiko dari kedua belah pihak yang mana mereka cuba lari dari menunaikan tanggungjawab mereka seperti yang tertulis di dalam kontrak. Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, maka mereka telah memperkenalkan margin requirement dalam aktiviti dagangan.
Dengan adanya margin requirement, seorang buyer atau seller akan dihadkan daripada melakukan aktiviti dagangan yang berlebihan daripada modal yang mereka miliki. Secara tak langsung ia akan menghadkan risiko yang dihadapi oleh clearing house jika salah satu pihak gagal melunaskan tanggungjawab mereka untuk menyempurnakan transaksi mereka.
Clearing House dalam Pasaran Hadapan.
Pasaran Hadapan atau Derivatif sangat bergantung kepada entiti ini kerana kebanyakan produk pasaran derivatif adalah bersifat leveraged, Oleh itu, kebanyakan pelabur akan meminjam untuk melakukan pelaburan dan proses tersebut memerlukan penglibatan pihak ketiga iaitu clearing house.
Setiap pasaran bursa mempunyai clearing house yang tersendiri. Semua pihak di dalam bursa harus menyempurnakan aktiviti trading mereka melalui clearing house pasa setiap penghujung sesi dangagan dan mendepositkan duit daripada aktiviti tersebut berdasarkan margin requirement yang ditetapkan.
Clearing House dalam Pasaran Saham
Bursa seperti Bursa Kuala Lumpur mempunyai bahagian clearing mereka tersendiri. Ia bertujuan untuk memasikan semua pelabur saham mempunyai duit yang cukup di dalam akaun ketika order diletakkan sama ada buyer atau seller. Mereka akan bertindak sebgaia orang tengah, membantu dalam urusan transaksi antara milikan saham dan duit jualan antara buyer dan juga seller. Seorang pelabur yang menjual saham mereka perlu tahu bagaimana mereka akan terima semula duit mereka selepas menjual saham mereka dan clearing house akan memastikan duit jualan tersebut sampai kepada pelabur tersebut.
Kesimpulan
Secara amnya, anda telah tahu bahawa kehadiran clearing house tidak lain atau tidak bukan sebagai pemudahcara dalam aktiviti dagangan. Malah kehadiran mereka juga menjamin dari segi aspek keselamatan yang mana tiada pihak yang boleh memanipulasi jual beli sama ada buyer dan seller kerana pihak ketiga ini akan memastikan kedua-dua pihak yang terlibat dalam transaksi mematuhi semua peraturan yang telah digariskan.
Sumber : Investing.com
Baca juga : Bullish Divergence Saham