Single Currency Teknikal Analisa Forex

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH aku mulakan post. Hari ini aku ingin mencatit ilmu yang aku pelajari sebelum ini, iaitu single currency teknikal analisis forex. Method ini dibangunkan berdasarkan ilham yang aku terima daripada ALLAH bagaimana untuk wipe noise dalam pair yang wujud supaya tak terkesan dengan spike. Jadi sebelum benda tu ditelan dek usia yang makin senja ni, baik rasanya aku catat teknik Single Currency Teknikal Analisa Forex.

Apa Itu Single Currency Teknikal Analisa Forex

Single Currency Teknikal Analisa Forex merupakan sebuah method analisa yang dilakukan berdasarkan kepada satu currency sahaja, bukan kepada pair. Ini digunakan bagi mendapatkan ketepatan analisa yang lebih jitu dan menjadikan strategi pemilihan pair untuk entry yang lebih berkesan.

Keburukan Analisa Berdasarkan Pair

Apa yang aku nampak, apabila analisa berdasarkan pair, ia melibatkan sentimen daripada dua currency atau matawang. Walaupun aku monitor news dan menunjukkan currency XXX menguat, namun pada pair XXX/XXX tidak bullish, malah price drop sehingga mengenai SL aku. Bila aku fikir dan kaji aku melihat quote currency lebih kuat daripada base currency walaupun news memihak kepada base currency. Dari situ aku mula terfikir, mungkin ini salah satu faktor mengapa false signal sering terjadi.

Cara Untuk Mengimplementasi Single Currency Teknikal Analisis Forex

Caranya amat mudah, iaitu membuat analisis berdasarkan currency sahaja, kemudian digabungkan currency mana yang menguat dan currency mana yang melemah. Contoh bagaimana method ini dilaksanakan secara mudahnya seperti dibawah. Dengan menggunakan prinsip Moving Average. price diatas line MA Bull dan price dibawah line MA Bear.

  • EUR : Bull
  • USD : Bear
  • JPY : Bear
  • AUD : Bull
  • NZD : Bull
  • CAD : Bull
  • GBP : Bear
  • CHF : Bear

Contoh, apabila telah dibuat analisa, maka ini yang kita dapat. Jadi, step seterusnya adalah untuk melakukan crossing antara currency. Step untuk melakukan crossing amatlah mudah. Currency yang kuat dipadankan dengan currency yang lemah. Berdasarkan contoh di atas, kita boleh dapat result seperti dibawah:

  • EUR/USD : Buy
  • EUR/JPY : Buy
  • EUR/GBP : Buy
  • EUR/CHF : Buy
  • USD/CAD : Sell
  • AUD/USD : Buy
  • AUD/JPY : Buy
  • AUD/CHF : Buy
  • NZD/USD : Buy
  • NZD/JPY :  Buy

Selepas habis melakukan crossing, tugas yang seterusnya adalah mencari point of entry berdasarkan kepada crossing tadi. Sebagai contoh EUR/USD kita target Buy, maka kita boleh filter noise mana2 reversal yang bersifat Downtrend dan menganggap ianya adalah sekadar retracement. Andai tiada entry pada pair tersebut, aku boleh pilih mana-mana list pair yang sedia ada.

Contoh diatas merupakan single currency teknikal analisis yang simple kerana crossing cuma dilakukan pada trend sahaja. Tapi ianya sudah cukup memadai. Untuk yang lebih detail dan advance, ada daripada mereka yang menggunakan news untuk mengukur validity continuation trend ataupun reversal trend. Ada juga yang melakukan crossing dengan mengambil kira bentuk candle semasa. Sebagai contoh :

EUR : Trend : Bullish. Candle pattern : CRS Sell Hammer at Resistance : WAIT BEFORE BUY

USD : Trend : Bearish. Candle pattern : Neutral : SELL

WAIT BEFORE BUY = SELL memberikan signal yang kurang kuat untuk Buy dalam pair EUR/USD. Jika entry dibuat sekalipun berkemungkinan trader akan float terlebih dahulu sebelum bertukar kepada profit. Namun masih banyak lagi faktor dan uncertainty yang ada di dalam market forex. Ini cumalah cara untuk filter noise dengan lebih berkesan.

Kita semua boleh melakukan single currency analisis melalui website ini, iaitu https://www.mataf.net/en/forex/tools/currency-index/. Website ni catch data chart daripada various broker yang aku boleh pilih contoh sama ada aku nak pilih OANDA ataupun FXOpen punya data chart. Jadi, aku boleh pilih yang mana aku selesa.

teknikal analisa forex
Contoh Single Currency Teknikal Analisis Currency : USD

Semoga ALLAH berikan kita semua kefahaman berilmu dan sampai pada Nya

Post sebelum ini : Apa itu Support and Resistance

Subhanallah

Subhanallah

Subhanallah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →