Kesilapan Trader Forex Versi Overtrading

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, ALLAH buka dan beri semangat untuk aku berkongsi satu tajuk hari ini iaitu kesilapan trader forex pada aspek overtrading. Aku cuba berkongsi dahulu bagaimana overtrading terjadi, kesan kepada overtrading dan akhirnya cara bagaimana untuk tackle masalah trader forex ni dari segi overtrading. Aku pernah merasanya, waktu aku mula mula dahulu memang itulah masalah aku, iaitu overtrading. Jadi, terima kasih kepada yang sudi melawat dan aku puji dan ucap tahniah kerana sanggup meluangkan masa 5 minit untuk setitik ilmu forex ini. 

Maksud Overtrade Dalam Forex

Overtrade merupakan suatu aktiviti trading yang melampau lampau dengan kemasukan entry sama ada Buy dan Sell dan mula merisikokan lebih banyak modal walaupun pada awalnya lot dan MM telah ditentukan pada kadar yang selamat. Ianya terjadi disebabkan perasaan untuk revenge kepada market ataupun recovery position loss dalam waktu yang pantas.

Bagaimana Overtrade Terjadi

Setelah seseorang trader menghadapi beberapa siri loss, maka problem yang akan dihadapi adalah mental dah mula tak stabil. Trading plan habis dicampak ke mana dan mula tak rasional dalam setiap pertimbangan trading dia. Dia nampak price bull dia nak buy ataupun dia rasa price nak drop walaupun tengah bull, dia sell. Trader mula konfius sama ada untuk trade what you see ataupun trade what you instinct. Instinct dan see ni dua benda yang tak boleh dipisahkan. Dah macam adik beradik. Dibawah aku senaraikan perkara yang dilakukan oleh para trader yang membawa kepada masalah overtrade.

  1. Layer diluar daripada kemampuan akaun
  2. Tidak entry berdasarkan sebab yang munasabah, lebih kepada rasa dan perasaan
  3. Melakukan lot multiplication untuk recover post yang sebelum
  4. Tiada Stoploss ataupun Cutloss planning

Kesan Overtrading Terhadap Akaun

Terdapat beberapa perkara yang bakal berlaku ketika overtrading, Sama ada profit berlipat kali ganda, dapat recover or BE loss sebelum ataupun loss. Namun, the odds is more on losing the account. Itu memang lumrah trader iaitu perasaan takut untuk mengaku salah or takut untuk melepaskan profit yang sedia ada. Setiap entry yang floating sedikit demi sedikit memakan margin akaun dan akhirnya membuatkan akaun tersebut menuju kearah MC.

Cara Bagaimana Untuk Menghakis Perasaan Overtrading Dalam Forex

Ada banyak cara untuk hakis perasaan tu. Cuma kita kena pilih yang mana suit pada kita. Aku juga ada beberapa cara yang kita semua mungkin boleh pilih yang mana bersesuaian dengan ketika agar masalah overtrading forex ni boleh kita kill. Pertama adalah jangan basket semua pair yang kita nampak peluang entri. Secara jujurnya, aku memang ada membuat ujian money management live akaun dengan mengaplikasikan konsep basket. Walaupun aku dah employ signal pada TF D1 beserta MM yang agak safe, akhirnya akaun tersebut floating dengan jumlah 70% dan aku terpaksa lock semua entry tersebut dengan opposite order. Sekarang akaun itu dalam proses recovery yang mana aku akan release kunci satu persatu.

Kunci Kedua Adalah Filter Trading. Filter Trading bukan dengan cara menambah lebih banyak indikator. Aku faham yang ramai trader dah faham dengan konsep confluence. Apa yang perlu kita filter dalam trading adalah timing kita. Trade hanya pada waktu aktif pair tersebut sahaja supaya kadar floating lebih rendah dan boleh constraint diri daripada melakukan trading entry yang merepek. Aku juga boleh upgrade pada TF lebih besar seperti TF D1 dan aku tak perlu bind diri sendiri pada aktif session disebabkan signal aku keluar pada waktu pagi.

Kunci Ketiga adalah Do Not Too Attach with Chart. Cara ini hanya boleh direalisasikan dengan uninstall semua peralatan mobile trading aku dan mula memilih TF yang lebih besar untuk mengelakkan masalah over trading. Selain itu, aku mungkin akan lebih fokus kepada analisa yang berbentuk fundamental yang mana fundamental memerlukan bacaan daripada seorang trader. Aktiviti membaca sedikit sebanyak akan mengalihkan tumpuan para trader malah memberi kefahaman yang lebih mendalam terhadap apa yang terjadi pada pair yang dipilih.

Kunci Terakhir adalah Limit Your Signal. Bagi mereka yang tak boleh dan gila untuk trading, cara terbaik adalah limit kan entry korang setiap hari. Contoh aku jenis scalping TF M5, maka aku allocate 50 pips untuk loss pada hari itu dengan menggunakan kawasan R3. Setiap entry aku pecah2 SL 7 pips. Cukup sampai 50 pips aku rugi hari tu, maka aku akan stop trading dan tunggu untuk next session.

Alhamdulillah, dah habis aku mencurahkan nota ilmu aku dalam blog ini. Semoga ia menjadi peneman kubur aku kelak.

ALLAHU MUSTA AN

ALLAHU MUSTA AN

ALLHU MUSTA AN

Aku Pedagang Jawa.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →