Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH aku mulakan post. Hari ni aku nak mencatat di dalam blog kerdil ini tentang risiko trading forex yang perlu setiap trader sedar dan aku sendiri sedar. Banyak risikonya sewaktu trade ni. Ada yang datang daripada market dan ada yang datang daripada teknikaliti broker. Jadi untuk mengetahui dan memahami risiko dalam trading forex ni, memang aku wajib mendalami sedalam dalamnya dan akur bahawa itulah market yang tidak terduga dan tidak terjamin. Hanya ALLAH lah yang mampu menjamin kehidupan manusia ini.
Risiko Trading Forex (Slippage)
Yang ini aku kategorikan risiko trading forex ini datang daripada broker sendiri. ianya memang satu kelemahan yang perlu diakui oleh mana mana trader terhadap broker yang berkonsepkan Dealing Desk. Seperti mana yang aku beritahu dan post dahulu, Dealing Desk terdiri daripada dua jenis iaitu Market Maker dan Bucket Shop. Jadi, apakah risiko tersebut. Risiko tersebut adalah Slippage. Slippage bermaksud order yang dilaksanakan tidak dibuat pada harga yang dimahukan disebabkan pergerakan market yang terlalu volatile. Slippage dalam forex adalah perkara biasa bagi broker Dealing Desk. Mengapa? Kerana Dealing Desk hanya immitate atau meniru sahaja pergerakan sebenar pergerakan harga dalam market forex dan order tersebut tidak dihantar ke dalam market sebenar.
Bagaimana proses slippage berlaku? Slippage berlaku apabila tiada amaun yang mencukupi untuk matchingkan antara buyer dan seller. Sekiranya tidak matching, maka slippage akan berlaku dan market akan cuba untuk mencari the next best price yang ditawarkan. Sebagai contoh, nak buy EU pada harga 100, namun disebabkan amaun buyer tak mencukupi untuk matching dengan seller, maka price akan cari the next price yang orang willing untuk buy. Dan terdapat pada harga 110, ada amaun yang mencukupi antara buyer dan seller untuk matching. Oleh itu, slippage yang terjadi adalah sebanyak 10 pips dan ditambah dengan spread, maka mungkin sekitar 12 pips.
Namun, adakah slippage ini takde kebaikan langsung? Ada, bagi mereka yang menggunakan limit order, maka order korang akan ditolak lebih tinggi untuk sell dan lebih rendah untuk buy. So, basically aku boleh dapat buy at bottom sell at top. Cuma bagi mereka yang menggunakan stop order, maka mereka yang akan suffer dengan slippage yang mana diorang terpaksa buy pada harga yang mahal dan sell pada harga yang murah. Hanya mereka yang betul betul power sahaja boleh mengagak dimanakah turning point terbaik bagi memanfaatkan slippage.
Kenapa slippage amat terkesan dengan Dealing Desk Broker? Kerana DD Broker hanya matchingkan buyer dan seller antara client sahaja, tidak seperti NDD Broker yang mana buyer dan seller merupakan market forex yang besar maka slippage yang terjadi agak rendah berbanding daripada DD Broker disebabkan kuantiti buyer dan seller yang lebih ramai.
Risiko Trading Forex (Spread Kembang)
Spread kembang bermaksud nilai spread yang bertambah dari spread biasa. Sebagai contoh, spread EU biasanya 2 pips, namun apabila terjadinya spread widening, ia boleh kembang sampai 4 pips or 5 pips. Kenapa ianya terjadi. Spread kembang berlaku apabila terjadinya low liquidity di dalam forex. Apabila market berada dalam keadaan low liquidity, maka price akan naik atau turun untuk mencari the next best price. Kebiasaanya spread kembang terjadi apabila terjadinya news high impact yang mana banyak order yang ditarik keluar membuatkan tiada order yang boleh fill in antara buyer dan seller.
Contohnya begini. Nak Buy EU pada harga 100, namun the best price yang seller offer adalah 110. Untuk mendapatkan amaun yang boleh matching dengan seller, maka broker akan kembangkan spread dia menjadi besar supaya amaun seller dan buyer akan sama dan transaksi akan berlaku. Contoh, sewaktu high liquidity, 100 orang execute buy kena spread 1 pips setiap order dan seller pun ada 100 orang, maka order matching. Namun sewaktu low liquidity terjadi, buyer cuma ada 50 orang je, seller 100 orang, order tak cukup untuk match. Jadi disini spread akan widen, sebelum ini 1 pips, bertambah jadi 2 pips untuk matchkan order.
Risiko Trading Forex (Requote)
Risiko ini terjadi disebabkan inefficiency server yang broker provide menyebabkan requote terjadi. Requote bermaksud readjustment semula harga yang ingin di beli atau jual. Contoh, aku nak buy EU pada harga 100, disebabkan server broker cap ayam, line sangkut sangkut, maka order tu tak sempat nak fill, so requote keluar untuk korang buy harga 102. Kalo aku setuju aku tekan je la. Jadi, penting untuk aku tahu mana broker yang sediakan khidmat server yang berkualiti.
Cukuplah 3 dahulu yang aku titipkan. Moga nanti ada kefahaman yang akan datang.
ALLAH MAHA BIJAKSANA kan?
ALLAH MAHA BIJAKSANA
ALLAH MAHA BIJAKSANA
Aku pedagang jawa.