Bismillahirrahmanirrahim
Emas merupakan antara logam yang sangat popular dalam kalangan masyarakat. Bagi yang ingin mengenali apa itu emas, adalah wajib untuk mengetahui sifat sifat yang dimiliki oleh logam emas itu sendiri supaya ianya terbukti ketulenan emas itu sendiri. Selain itu, ia dapat mengelakkan diri daripada tertipu dengan para penjual yang cuba untuk menipu pembeli dengan cara mengurangkan timbangan emas ataupun menukar logam emas itu dengan logam logam yang lain.
Berikut adalah 6 sifat sifat emas yang biasa dijumpai
- Warna
- Kekerasan
- Ketumpatan
- Sifat Kimia
- Pengalir Elektrik yang baik
- Pemantul Haba yang baik
WARNA
Warna emas adalah berwarna kuning cemerlang. Ianya bermaksud kuning yang berkilau, tidak cair. Jika kena cahaya akan memantul warna emas itu sendiri. Namun, dipasaran, kita dapat lihat berbagai bagai variasi warna emas yang mana ianya adalah hasil daripada proses penggabungan dari logam logam lain seperti tembaga dan perak.
KEKERASAN
Sifat asal emas adalah lembut, dan ianya merupakan logam yang mulur. Sekiranya emas 999 digigit, inshaa ALLAH ianya akan berlekuk dan mempunyai kesan gigi. Sebab itulah diwaktu sukan temasya Komanwel 98, para atlet bergambar dengan menggigit medal emas mereka untuk menunjukkan ketulenan emas pada medal tersebut. Kekerasan sesebuah emas akan bertambah apabila dicampur dengan logam logam yang lain. Sebab itulah muncul berbagai variasi emas seperti 999, 916 dan sebagainya.
KETUMPATAN
Emas mempunyai ketumpatan sebanyak 19.3 gram / mililiter. Dalam kalangan semua logam ketumpatan emas adalah paling tinggi. Bahasa mudahnya emas merupakan logam yang paling berat diantara semua logam. Jika emas bercampur dengan logam yang lain seperti tembaga, maka ketumpatan emas itu akan berkurangan.
SIFAT KIMIA
Sifat tulen emas adalah stabil dan berunsur logam lengai. Ia tidak akan bertindak balas dengan mana mana bahan kimia seperti asid dan alkali. Dalam erti kata lain, emas tidak akan berkarat seperti besi. Hanya satu sahaja unsur kimia yang boleh memberi kesan kepada emas iaitu merkuri. Bila dicampurkan, emas akan bergumpal gumpal menjadi bentuk seperti amalgam. Proses itu tidaklah menghancurkan fizikal emas itu, tetapi hanya mengubah bentuk emas itu sahaja.
PENGALIR ELEKTRIK YANG BAIK
Emas mempunyai kadar rintangan elektrik yang paling rendah, secara tak langsung menunjukkan sifat sifat emas itu sendiri sebagai pengalir elektrik yang baik. Sifat ini sangat kritikal dalam industri pembuatan barangan elektronik. Kegagalan dalam mengalirkan arus elektrik yang cekap akan membuatkan sesuatu barangan elektronik tidak mampu berfungsi dengan baik.
PEMANTUL HABA YANG BAIK
Antara contoh penggunaan emas dalam memanipulasi sifat yang dimiliki oleh emas sebagai pemantul haba yang baik adalah pembuatan pemasangan kerajang emas di bahagian luar dinding satelit di ruang angkasa. Ianya dapat menghalang sinaran inframerah matahari daripada memanaskan satelit tersebut.
Alhamdulillah, dengan perkongsian ini, dapatlah menambahkan sedikit ilmu kita tentang sifat sifat yg dimiliki oleh emas dan bagaimana sifat emas tersebut digunakan di dalam kehidupan manusia.