Kat Mana Nak Beli Emas Murah di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Ambil maklum, emas adalah salah satu komiditi dagangan yang sangat popular di dunia dan juga wanita. Sapa yang tak suka dengan emas, kilauannya sendiri dapat menaikkan seri si wajah. Dan ianya sendiri sangat cantik untuk dilihat. Sebab itu ia sangat berharga. Malah penggunaan emas dalam industri juga sangat besar sumbangannya. Namun, persoalan yang kita selalu hadapi adalah, kat mana nak beli emas yang murah ek?

Sapa je tak suka beli barang yang bernilai pada harga yang murah? Emas juga tidak terlepas dari perkara tersebut. Oleh itu, beberapa tempat yang boleh difikirkan murah adalah seperti berikut.

Tempat pertama adalah Shoppee. Ya, di platform shoppee. Kini di shoppee pun ada orang yang jual emas. Malah yang lebih bagusnya, shoppee adalah sebuah platform yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Oleh itu, keselamatan urusniaga anda adalah sangat tinggi dan boleh dipercayai. Jika anda rasa ditipu, anda boleh adukan kepada Shoppee dan pihak Shoppee akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Mengapa membeli emas secara online di Shoppee adalah murah? Ini kerana pihak peniaga emas tidak memerlukan kos kos sampingan yang perlu diserap ke dalam harga emas seperti kos sewa kedai dan kos elektrik. Jadi, mereka boleh menawarkan emas dengan harga yang lebih murah.

Tempat kedua adalah dikawasan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jika anda ingin membeli emas dengan harga yang sangat berbaloi, datanglah ke kawasan ini. Inshaa ALLAH, rata rata peniaga emas disini menawarkan harga yang lebih murah berbanding dari kawasan kawasan yang lain. Mengapa peniaga disini mampu menawarkan harga yang sedemikian rupa? Kerana kebanyakan peniaga disini tidak mendaftar dengan Persatuan Pekedai Emas Malaysia. Oleh itu mereka berhak untuk menentukan harga mereka sendiri. Namun sila berhati hati ketika berurus niaga takut tertipu pada timbangan dan ketulenan emas pula.

Nah, saya telah syorkan dua tempat best yang anda boleh pilih untuk beli emas murah di Malaysia. Apa lagi, apa pun tujuan anda samada untuk pelaburan mahupun perhiasan diri, boleh lah dapatkan emas emas yang murah ini dari tempat tempat yang saya nyatakan.

Alhamdulillah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →