Pelajaran Dari Sebuah Teknik Hedging

Bismillahirrahmanirrahim

Teknik hedging merupakan suatu teknik yang mana seorang trader melakukan buy dan sell order secara serentak. Secara amnya, hedging digunakan untuk mengikat suatu harga pada kadar yang tertentu untuk mengelakkan ketidak tentuan pasaran matawang dunia. Ianya digunakan oleh banyak syarikat syarikat multinasional. Sebagai contoh, air gas Coco Caca export ke Malaysia dan ikat exchange rate pada kadar USD 1 = RM 3.00. Dengan itu urusan perniagaan akan lebih terjamin dan lebih selamat berbanding membiarkan kadar matawang yang terapung kerana syarikat terpaksa sama ada menyerap kos kerugian atau kos keuntungan hasil dari kadar tukaran matawang.

Terus terang, aku adalah pecinta teknik hedging. Dan ianya amat dekat dengan jiwa aku. Kenapa? Sebab aku tak leh tahan tengok SL. Bila kena SL aku akan mula kalah kat psikologi dan mula pikir untuk balas dendam dekat market. Jadi, itu antara salah satu kelebihan teknik hedging yang aku lihat. Ia menenangkan sedikit jiwa aku bila loss. Sebenarnya sama je dengan SL cuma kita ikat pada harga tertentu. Bila close dua dua, still rugi

Sebenarnya, ramai yang berharap dan berangan2 bahawa teknik hedging merupakan teknik hedging tanpa rugi atau loss. Sebenarnya ianya adalah salah. Mana-mana teknik still akan ada kelemahannya. Yang diorang selalu nyatakan tanpa rugi atau loss tu adalah disebabkan mereka meletakkan prinsip gandaan lot ataupun martingale di dalam hedging itu sendiri. Nasihat aku, jauhkan diri daripada menggunakan prinsip gandaan lot martingale. Ada banyak lagi prinsip gandaan yang boleh kita ikut selain dari martingale. Aku rasa yang paling tinggi pun level untuk buat martingale adalah level 14. Itu pun lot start sebesar kuman, mashaa ALLAH.

Cara hedging yang paling selamat bagi aku adalah lock and release. Ianya adalah satu cara yang mana bila signal entry dah tak valid, patutnya kena SL, tapi kita gantikan dengan stop order. Then, kita tunggu next entry pulak. Bila ada entry, kita akan releasekan stop order tu dan bukak order baru. Then, stop order terbaru akan bertambah satu. Dari sini, kita melihatkan prinsip gandaan risiko pips sahaja yang terlibat. Ianya lebih selamat berbanding menggandakan lot. Allahuakbar, betul tak?

Jika korang selalu baca pasal hedging, inshaa ALLAH mungkin korang akan jumpa situasi yang mana korang bukak buy and sell order serentak, tapi akaun korang dalam keadaan profit walaupun pips negatif. Ianya adalah salah satu benda yang aku tak dapat huraikan disebabkan aku memang tak tau tapi aku expect ianya ada kaitan dengan perubahan kadar matawang yang terlalu mendadak. Selalu terjadi ketika news news besar dilancarkan.

Aku harap dengan sedikit perkongsian ini, dapat membantu korang dalam menempuh perjalanan forex ini. inshaa ALLAH. Terima kasih sudi membaca.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →