Senarai Exchange Crypto Yang Paling Top

Bismillahirrahmanirrahim

Pasaran crypto menjadi bualan yang hangat di dalam dunia pelaburan sekarang. Ianya bermula dengan satu idea gila dari seorang yang bernama Satoshi Nakamoto dan kini ia berkembang dengan meluas. Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada crypto trading, maka anda perlukan satu exchanger untuk anda memiliki coin atau token. Artikel kali ini akan menunjukkan senarai exchange crypto yang boleh anda gunakan.

Parameter Pemilihan Senarai Exchange Crypto

Ya, saya tahu pasti ada yang ragu untuk melaburkan duit ke dalam exchanger asing, takut duit akan dilarikan bukan? Jadi, saya telah menggariskan beberapa parameter yang boleh dijadikan sebagai rujukan sebelum anda memilih sesuatu exchanger untuk jual beli crypto. Sehingga hari ini, terdapat sebanyak 517 Exchange Crypto yang wujud. Senarai parameter penapisan adalah seperti berikut :

  1. Jumlah Coin Yang Disenaraikan
  2. Volume Liquidity
  3. Statistik Laman Web
  4. Ketahanan Serangan Siber

Jumlah coin yang ditawarkan oleh sesebuah exchanger antara faktor kenapa anda memilih exchanger tersebut. Hingga ke hari ini terdapat hampir 10,368 coin yang ada namun sesebuah exchanger tidak akan menyenaraikan semua coin tersebut. Exchanger akan cuba untuk menilai sesuatu coin sama ada ianya coin yang sah atau pump and dump scheme sebelum disenaraikan. Sebagai contoh, Exchanger Huobi hanya menawarkan 346 coin manakala Exchanger Gate.io menawarkan sehingga 1000+ coin yang boleh dibeli.

Kedua adalah volume liquidity yang berlaku dalam exchanger tersebut. Jika volume liquidity adalah tinggi, maka kita boleh andaikan bahawa exchanger tersebut memang terbaik dan mampu untuk mengoperasikan urusan jual beli yang tinggi. Contohnya exchanger binance mampu untuk mengawal urusniaga kripto dengan jumlah volume setinggi $38,600,634,160 USD dalam masa sehari.

Ketiga kita akan lihat statistik laman web exchanger tersebut. Ia akan terkait secara tidak langsung dengan volume liquidity. Anda lihat ia seakan-akan sama dan secara logiknya, jika volume tinggi, mesti ramai trader yang menggunakan exchanger tersebut betul? Yaaa, disini lah kemungkinan penipuan boleh berlaku yang mana ada exchanger yang mereka-reka volume liquidity tetapi sebenarnya statistik pelawat ke laman web mereka tidak logik. Contohnya, exchanger A mempunyai volume liquidity sebanyak 1 billion, tetapi apabila dilihat pada jumlah statistik pelawat, terdapat sekitar 100,000 pelawat sahaja.

Yang terakhir adalah ketahanan sesebuah exchanger untuk menangkis serangan siber. Secara amnya, terdapat tiga elemen yang akan dilihat iaitu bug, penetration dan juga Proof of Fund (POF). Ianya semua akan dilihat sama ada exchanger tersebut mempunyai mampu melindungi ketiga-tiga perakra tersebut.

Parameter penapisan diatas untuk senarai exchange crypto adalah bagi pengesahan bahawa exchange tersebut benar-benar selamat dan tiada unsur scam. Setelah tapisan keselamatan diatas telah dilaksanakan, barulah anda akan memilih exchange yang mesra pengguna.

  1. Fee yang rendah
  2. Urusan Deposit dan Withdrawal yang Mudah
  3. Keabsahan Undang-Undang Sesuatu Negara Terhadap Kripto

Jika anda orang baru, anda akan pening dengan struktur Fee yang diperkenalkan. Anda kena tengok secara terperinci berkenaan fee-fee yang ada seperti Debit/Withdrawal Fee, General Fee, Transfer Fee, dan juga Spot Trading Fee. Kita cuma akan fokus kepada General Fee dan Spot Trading Fee sahaja. Apa yang anda perlu cari adalah exchanger yang mempunyai fee yang berpatutan.

Kedua anda harus lihat bagaimana deposit dan withdrawal dapat dilaksanakan. Sesetengah exchanger tidak support sesuatu servis seperti bank draf. Antara cara yang paling biasa adalah melakukan deposit ke dalam akaun menggunakan kredit kad dan melakukan withdrawal menggunakan wire transfer.

Ketiga adalah keabsahan undang-undang negara terhadap kripto. Seperti Malaysia, dagangan kripto dibolehkan namun terhad kepada 5-6 exchanger sahaja yang boleh beroperasi seperti Luno dan Tokenize. Malah, apabila kebenaran beroperasi diperolehi, secara tak langsung fee yang dikenakan agak mahal. Jadi, anda boleh menggunakan exchanger luar negara dan menanggung risikonya sendiri.

Senarai Exchange Kripto Yang Top

Dibawah ini saya senaraikan 10 exchanger terbaik untuk anda trade Kripto.

  1. Binance (Fee rate terendah tapi dibawah pemerhatian SC. Agak bahaya la nak deposit)
  2. Coinbase
  3. Huobi (Ada cashback 10% fee bila ada referral)
  4. Crypto.com
  5. Kucoin
  6. Ftx
  7. Gate io (Tawarkan coin yang banyak sehingga 1000 coin untuk dibeli)
  8. Kraken
  9. Binance US
  10. Bitfinex

Bagi exchanger yang sah beroperasi di Malaysia adalah seperti berikut

  1. Luno
  2. Tokenize
  3. MX Global
  4. Synergy

Kesimpulan

Keptuusan ditangan anda. Jika anda tidak berani untuk meletakkan duit anda di broker luar anda boleh memilih broker yang sah di Malaysia. Sedikit promosi, jika anda ingin dapatkan cashback 10% daripada Huobi, anda boleh mendaftar melalui link dibawah.

Daftar Akaun Huobi Bersama Iqbal

Selain itu, anda juga boleh menghubungi saya tentang bagaimana cara untuk buat duit dengan kripto berisiko rendah secara percuma. Sekian terima kasih

Rujukan

  1. Coin Gecko

Baca lagi : Teknik Pelaburan Compounding Yang Berkesan

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →