Apa itu Robo Advisor di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak PKP lepas kita dapat lihat tahap kecelikan rakyat Malaysia semakin bertambah. Ini dapat dibuktikan dengan pertambahan pendaftaran permohonan akaun Central Depository System (CDS) daripada rakyat Malaysia. Selain melabur secara terus melalui akaun CDS di Bursa Malaysia, terdapat satu lagi kaedah yang ditawarkan untuk anda melabur. Artikel kali ini akan menerangkan apa itu Robo Advisor, kelebihan serta kekurangan yang ada dalam robo advisor.

Apa itu Robo Advisor

ia merupakan satu perisian khas yang akan menguruskan portfolio pelaburan anda secara automatik berdasarkan algoritma dan karakteristik anda. Perisian ini sama sahaja seperti software yang ada di dalam komputer, dan akan membuat keputusan pelaburan menggunakan arahan yang telah disetkan oleh para programmer.

Oleh itu dengan adanya Robo Advisor, ia akan dapat membuatkan pelaburan anda lebih efisien kerana semuanya dilakukan tanpa melibatkan kelemahan manusia. Sehingga hari ini, terdapat empat robo advisor berdaftar yang boleh anda pilih di Malaysia.

Kelebihan Robo Advisor Berbanding Pelaburan Konvensional

Jika ingin disenaraikan, kita dapat lihat banyak kelebihan yang boleh diperolehi berbanding Pelaburan Konvensional. Berikut adalah kelebihan robo advisor.

  1. Paperless documentation
  2. Minimum human error
  3. Caj yang rendah
  4. Tidak perlu analisa, hanya komitmen untuk melabur
  5. Aplikasi untuk memantau portfolio pelaburan anda.

Katakan anda ingin melabur dalam Unit Trust A, anda harus berjumpa dengan agen mereka dan mereka akan menerangkan terlebih dahulu tentang produk pelaburan mereka. Selepas itu, anda dikehendaki untuk mengisi borang, fotostat IC serta tandatangan beberapa dokumen yang diperlukan. Berbeza dengan robo advisor kebanyakannya adalah secara online. Jadi ia secara tak langsung memudahkan anda untuk melakukan pelaburan hanya dari rumah.

Kelebihan kedua dalah kurangnya kesalahan manusia. Bagi syarikat unit trust, terdapat fund manager yang akan menguruskan akaun pelaburan anda. Jadi, mereka hanya manusia biasa, kadang-kadang berlaku kesilapan semasa melakukan analisa mungkin disebabkan faktor seperti kesihatan ataupun masalah peribadi. Tapi, dengan robo advisor, segala kemungkinan telah direkodkan dan keputusan yang dibuat boleh dijangkakan. Contohnya, jika anda ingin melabur pada tempat yang rendah risiko, Robo Advisor akan secara automatik akan melaburkan wang anda pada Sukuk.

Ketiga adalah caj yang rendah. Disebabkan robo advisor hanyalah sebuah software komputer yang perlu di kendalikan oleh beberapa tim sahaja, maka syarikat mampu untuk mengenakan caj yang rendah berbeza dengan syarikat pelaburan yang menggunakan tenaga manusia. Ia adalah satu advantage terbesar sekiranya anda menggunakan robo advisor. Berbeza dengan syarikat pelaburan, mereka terpaksa menggaji manusia untuk melakukan kerja dan caj yang dikenakan biasanya agak mahal disebabkan untuk menyerap kos upah yang dibayar kepada pekerja.

Keempat, tiada analisa yang perlu anda lakukan. Robo Advisor mempunyai set analisa tersendiri yang hanya perlu dilaksanakan secara plug and play. Sama juga seperti syarikat pelaburan yang lain, anda juga tak perlu pening untuk lakukan analisa. Just sit back and enjoy the show orang kata. Apa yang penting, selain tahu apa itu robo advisor, anda hanya perlu letakkan berapa banyak komitmen bulanan yang ingin anda set untuk pelaburan.

Terakhir, biasanya pengguna robo advisor akan diberikan satu akaun sama ada secara dalam talian ataupun aplikasi smartphone. Melalui aplikasi tersebut anda boleh memantau tahap persembahan pelaburan anda secara real time. Berbeza dengan pelaburan konvensional, anda tidak dapat memantau bagaimanakah keadaan semasa pelaburan anda. Oleh itu, robo advisor bersifat lebih telus berbanding pelaburan konvensional yang mana anda perlu hubungi pejabat mereka untuk tahu status terkini pelaburan anda.

KOMUNITI RAIZ INVEST MALAYSIA
Pemantauan portfolio melalui talian sahaja

Kekurangan Robo Advisor

Setiap cara pasti mempunyai kekurangannya. Sama juga seperti robo advisor, mereka juga mempunyai masalah yang tersendiri. Kekurangan robo advisor adalah seperti berikut.

  1. Kebergantungan tinggi terhadap program
  2. Tiada keputusan kreatif dalam pelaburan
  3. Pemilihan dana pelaburan yang terhad
  4. Tidak banyak faktor yang boleh diubah untuk membangunkan portfolio

Robo advisor secara langsung bergantung pada program yang telah dibangunkan. Jika program tersebut bermasalah, maka secara tak langsung sistem akan lumpuh dan robo advisor mungkin akan melakukan keputusan pelaburan yang salah akibat kerosakan yang berlaku dalam program mereka. Oleh itu, sistem robo advisor ini terdedah dengan serangan siber atau virus.

Biasanya, robo advisor tidak mempunyai keputusan kreatif dalam pelaburan. Keputusan pelaburan robo advisor adalah statik dan tidak fleksibel seperti manusia. Contohnya, jika menggunakan fund manager, mereka mendapat maklumat bahawa sesuatu sektor bakal naik, maka portfolio readjustment akan dilakukan secepat mungkin. Namun robo advisor tidak akan tahu peluang tersebut sehingga programmer memberikan arahan terbaru dalam perisian tersebut.

Ketiga, platform robo advisor menyediakan pilihan dana pelaburan yang terhad. Untuk makluman, terdapat sekitar 700 lebih produk pelaburan yang ada di Malaysia dan biasanya platfrom Robo Advisor akan memberikan senarai kurang dari 10 produk yang boleh anda miliki. Oleh itu, ia antara kelemahan terbesar penggunaan Roo Advisor.

Terakhir, client tidak mempunyai banyak ruang untuk melakukan adjustment dalam portfolio pelaburan mereka. Selalunya, platform robo hanya akan memberikan standard portfolio iaitu Conservative, Moderate dan Aggresif sahaja. Jadi, anda terpaksa memilih portfolio yang telah disediakan oleh syarikat robo advisor tersebut.

Malaysia Robo Advisor Investment - Home | Facebook
Contoh portfolio yang ditawarkan oleh Wahedinvest

Kesimpulan

Saya telahpun menerangkan apa itu robo advisor, kelebihan serta kekurangan yang dimiliki. Bagi saya, ia adalah satu benda yang menarik dan saya sendiri melabur menggunakan robo advisor. Jika anda ingin melakukan pelaburan menggunakan robo advisor, anda boleh klik link dibawah dan claim RM 5 daripada Raiz Robo Advisor untuk memulakan langkah pertama pelaburan anda.

Daftar Raiz Bersama Founder Pedagangjawa

Rujukan : Majalah Labur, Direct Lending,

Baca lagi : Senarai Exchange Crypto Malaysia

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →