Cara Memulakan Pelaburan Tanpa Modal

Bismillahirrahmanirrahim

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan EPF atau dalam bahasa melayunya adalah KWSP iaitu Kumpulan Wang Simpanan Persaraan. Kewujudan KWSP adalah berobjektifkan untuk memberikan satu amaun simpanan wang yang boleh digunakan di hari tua kelak. Ia merupakan satu tanggungjawab sosial yang diperkenalkan oleh kerajaan. Tapi tahukah anda dengan EPF anda boleh memulakan pelaburan tanpa modal?

Pembahagian Akaun Dalam EPF

Tahukah anda, EPF membahagikan akaun anda kepada dua iaitu akaun 1 dan juga akaun 2. Akaun tersebut diwujudkan untuk mendasari sumber kewangan akaun-akaun tersebut.

  1. Akaun 1 : Sumber dana daripada potongan majikan (12%)
  2. Akaun 2 : Sumber dana daripada potongan gaji pekerja (11%)

Akaun 1 mempunyai 70% dana keseluruhan manakala bakinya sebanyak 30% akan dimasukkan ke dalam akaun 2. Jadi, dengan pembahagian akaun ini akan memudahkan tadbir urus dana persaraan pekerja.

Pelaburan Tanpa Modal Menggunakan Akaun 1 EPF

Tahukah anda, bahawa EPF memberikan berbagai kelonggaran untuk pengeluaran caruman untuk hal hal dibawah :

  1. Kesihatan
  2. Haji
  3. Pelaburan
  4. Pembelian Rumah
  5. Pendidikan

Contoh-contoh pengeluaran diatas boleh dilaksanakan sebelum tempoh matang iaitu pada umur 55 tahun. Kerajaan memberikan kelonggaran seperti diatas bagi memastikan perbelanjaan simpanan hari tua digunakan untuk perkara yang memberi manfaat kepada diri sendiri.

Jadi, pelaburan antara salah satu kebenaran yang boleh dilakukan menggunakan akaun EPF. Maka wujudlah pelaburan tanpa modal dengan hanya menggunakan akaun EPF sahaja. Mengapa inisiatif ini dibuka walaupun EPF sendiri sudahpun melaburkan wang anda?

Jawapannya, EPF mengambil pendekatan pelaburan yang rendah risiko dengan pulangan sekitar 5% secara purata setiap tahun. Ini adalah kerana EPF ingin memastikan jaminan kehidupan hari tua para pekerja di Malaysia akan terjamin. Tetapi, mereka juga tahu bahawa terdapat pencarum KWSP yang mempunyai risk apetite yang tinggi dan ingin melabur dalam unit amanah yang lebih berisiko tinggi yang menjanjikan pulangan yang tinggi.

Pengeluaran bagi tujuan pelaburan tanpa modal/tunai menggunakan EPF hanya dibenarkan menggunakan akaun 1 sahaja. Kiraan berapakah dana yang dibenarkan untuk dikeluarkan bagi tujuan pelaburan adalah seperti berikut :

(Jumlah Simpanan - Simpanan Asas) X 30% 

Untuk memudahkan pengiraan, anda boleh rujuk jadual dibawah. Jadual ini diambil daripada pbsndotcomdotmy

Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1

Umur (Tahun)Simpanan Asas (RM)Umur (Tahun)Simpanan Asas (RM)
181,0003734,000
192,0003837,000
203,0003941,000
214,0004044,000
225,0004148,000
237,0004251,000
248,0004355,000
259,0004459,000
2611,0004564,000
2712,0004668,000
2814,0004773,000
2916,0004878,000
3018,0004984,000
3120,0005090,000
3222,0005196,000
3324,00052102,000
3426,00053109,000
3529,00054116,000
3632,00055120,000
kredit kepada pbsn

Contohnya, Ahmad mempunyai simpanan sebanyak RM 400,000 dalam akaun 1 pada umur 50 tahun. RM 400,000 ditolak dengan simpanan asas iaitu RM 90,000 menjadi RM 310,000. Daripada RM 310,000 hanya 30% sahaja yang layak digunakan bagi kegunaan pelaburan, iaitu sebanyak RM 93,000.

Kesimpulan

Membuat pelaburan tanpa modal menggunakan akaun 1 EPF ibarat mewujudkan satu lagi akaun yang dinamakan sebagai Akaun 3. Dengan mengambil risiko yang sedikit tinggi, anda boleh melipat gandakan lagi jumlah pendapatan sebelum hari tua kelak hasil pelaburan daripada akaun 1 EPF.

Jika anda berminat untuk mewujudkan “Akaun 3” dengan pulangan sekitar 10-20% setahun yang diuruskan dengan cekap dan personal melalui private mandate, anda boleh hubungi saya Iqbal di 018-941 8731 untuk mendapatkan bimbingan pembukaan akaun pelaburan private mandate. Sekian terima kasih.

Alhamdulillah

Sumber : Laman Web KWSP, PRBSN

Baca lagi : Apa itu Robo Advisor

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →