Teknik Pelaburan Compounding Yang Berkesan

Bismillahirrahmanirrahim

Dewasa ini, kita dapat lihat dunia pelaburan semakin rancak, lagi-lagi apabila dunia dilanda dengan Covid-19, disertakan sekali dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung hampir dua tahun. Apabila dinyatakan tentang teknik pelaburan compounding, rasanya ramai yang akan mengaitkan dengan pelaburan ASB. Jadi, hari ini saya akan berkongsi bagaimanakah teknik pelaburan compounding yang lebih terperinci dan berkesan.

Apa itu Pelaburan Compounding

Kita akan ketahui dulu maksud pelaburan compounding. Ianya bermaksud melaburkan semula wang dividen yang diterima. Sebagai contoh, ASB memberikan dividen sebanyak 7% setiap tahun. Dengan tidak mengeluarkan dividen tersebut, maka secara tidak langsung wang tersebut akan menambah lagi pegangan unit ASB. Berikut merupakan contoh kiraan compounding

Tahun Melabur Deposit Bayaran Dividen (7% Setahun)
1RM 10,000RM 700
2RM 10,700RM 749
3RM 11449RM 801.43
4RM 12250.43RM 857.53

Cuba anda bandingkan pelaburan yang menggunakan kaedah compounding dengan kaedah biasa. Pada akhir tahun keempat, pelaburan compounding berjaya meraih sebanyak RM 3107.96 manakala pelaburan konvensional meraih RM 2800 sahaja. Perbezaan sebanyak 3% selama empat tahun sekiranya dilanjutkan lagi tempoh masanya, akan menyebabkan pulangan yang berlipat kali ganda.

Kelemahan Pelaburan Compounding

Walaupun kita dapat melihat kebaikan pelaburan compounding, namun masih terdapat kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh para pelabur. Pertama, pelaburan compounding hanya sesuai untuk unit amanah yang menawarkan harga unit tidak berubah seperti ASB, ASNB dan juga AHB. Oleh itu, pemilihan unit amanah jenis ini adalah terlalu sedikit. Harga unit tidak berubah bermaksud harga seunit saham tersebut adalah tetap dan tidak akan berubah walaupun pasaran sedang menaik atau menurun. Disebabkan itulah ianya rendah risiko dan menjadi pilihan utama pelabur amatur.

Kedua, penawaran harga unit tidak berubah mempunyai had maksimum. Sebagai contoh, ASB hanya menawarkan sebanyak 200,000 unit sahaja iaitu bersamaan RM 200,000 pelaburan bagi setiap individu. Manakala AHB pula menawarkan sebanyak 500,000 unit sahaja kepada seorang individu. Apabila had maksimum telah dicapai, maka dividen yang diperolehi tidak akan digunakan untuk membeli unit unit terbaru.

Jalan Biar Ke Depan: Jumlah Maksimum Simpanan Di Dalam ASB Bukan RM200 ribu  ...???

Selain itu, pelabur juga akan menghadapi risiko naik turun pembayaran dividen. Mana-mana instrumen pelaburan akan hadir bersama dengan risiko. Namun sejauh mana risiko yang bakal dihadapi itulah yang perlu dinilai oleh para pelabur. Pelaburan compounding yang menggunakan unit amanah harga tidak berubah hanya berhadapan dengan risiko naik turun dividen sahaja tanpa memberi kesan kepada pelaburan pokok ataupun prinsipal. Oleh itu, mungkin sasaran pelaburan anda mungkin sedikit lewat ataupun jika bernasib baik lebih awal daripada perancangan anda.

Dividen ASB ASN 2020 jumlah kadar pendapatan dan bonus

Bagaimana Untuk Melaksanakan Pelaburan Compounding

Pertama, anda harus meletakkan satu sasaran terlebih dahulu. Sebagai contoh, anda ingin berkahwin 5 tahun dari sekarang dan ingin menggunakan kuasa pelaburan compounding untuk mencapai sasaran perbelanjaan anda. Katakan perbelanjaan tersebut adalah sebanyak RM 20,000, maka anda boleh menetapkan berapakah modal awal untuk anda memulakan pelaburan. Anda harus menahan diri daripada menggunakan wang tersebut untuk 5 tahun akan datang beserta tidak mengeluarkan dividen yang diperolehi kelak.

Kedua, gunakan cash pelaburan anda secara maksimum untuk anda membeli unit unit amanah harga tidak berubah pada permulaan. Anda tidak perlu simpan sedikit demi sedikit kerana ianya merugikan dari segi timeframe. Contohnya, jika anda melabur ASB pada bulan 3, maka dividen anda akan dibayar berdasarkan kiraan 9 bulan sahaja dari tempoh simpanan anda. Bayangkan jika anda melabur lebih lewat, contohnya bulan 5, maka bayaran dividen anda akan dibayar dengan kiraan 5 bulan sahaja.

Untuk lebih kefahaman, katakan anda melabur sebanyak RM 10,000 pada bulan 3. ASB mengumumkan bayaran dividen sebanyak 7% pada tahun tersebut. Disebabkan anda melabur pada bulan 3, maka anda tidak akan menerima dividen sebanyak RM 700, tetapi hanya menerima RM 525 sahaja. Formulanya adalah 9 bulan / 12 bulan didarabkan dengan RM 700 seperti contoh dibawah. Oleh itu, semakin lewat anda melabur, semakin kecil dividen yang anda terima.

Ketiga, anda konsisten melabur dengan duit lebihan setiap bulan. Jika anda mempunyai bonus atau apa sahaja pendapatan lebihan yang tidak digunakan, terus laburkan dalam unit amanah tersebut. Ini akan meningkatkan lagi pemilikan unit serta tempoh pelaburan yang lebih panjang.

Terakhir, jangan melabur pada kadar maksimum. Kebanyakan pelabur yang menggunakan pinjaman pelaburan, ramai yang meminjam pada kadar yang maksimum iaitu RM 200,000 untuk ASB. Apabila anda telah melabur pada kadar yang maksimum, maka pelaburan compounding tak dapat dilaksanakan kerana dividen yang dibayar tidak akan dilaburkan semula kerana had milikan anda telah maksimum. Oleh itu, tinggalkan sedikit ruang seperti RM 50,000 atau RM 100,000 sebelum mencapai had maksimum supaya kesan compounding tersebut boleh terjadi.

Kesimpulan

Kebanayakan unit amanah saham harga tidak berubah memberi pulangan sekitar 7-8 peratus setiap tahun. Namun, tahukah anda private mandate mempunyai potensi pulangan sehingga 10-15 peratus, bahkan pernah mencecah sehingga 100% dalam masa setahun melalui pelaburan unit amanah? Jika anda berminat, anda boleh hubungi saya, Iqbal di talian 018-941 8731 bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Sekian terima kasih, Alhamdulillah

Sumber : Pengalaman, Bacaan Internet

Baca Lagi : Maksud Limit Order

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →