Prep Di hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahiim

Prep dihujung minggu adalah waktu bagi aku yang paling best. Satu candle weekly dah complete close dan satu lagi memang off market. Analysis waktu off market bagi aku paling best sebab boleh filter emosi dengan harga yang bergerak. Dengan dua advantage ini, aku merasakan cukup seronok untuk aku shopping dulu kaunter mana yang seronok untuk aku pantau.

Prep di hujung minggu jugak boleh bantu aku untuk develop watchlist mingguan. Selalunya aku akan cari setup yang dah 90% jadi, cuma menunggu sedikit masa untuk volume dan signal terbentuk. Aku akan cari mana-mana kaunter yang dah retest MA 50, tapi MA 10 dan 30 tidak bersilang. Mereka cuma merapat sahaja. Bagi aku, ia adalah petanda bahawa harga sedang berehat sebentar sebelum terbang lebih tinggi.

Bila dah ada watchlist, tak perlu la aku nak screening sampai berpuluh kaunter. Habis sahaja waktu market harian, aku cuma belek watchlist sahaja. Orang macam aku yang ada kerja tetap kadang-kadang aku sendiri malas nak jenguk screener. Bayangkan, aku tengah letih, tiba2 nak kena buka komputer untuk tengok chart pulak. Dekat tempat keje pun dah kena tengok screen komputer. Jadi aku rasa baik aku tengok sekejap pastu terus off.

Made a Lot of Money in the Stock Market This Year? Here's How to Lower Your  Capital Gains Taxes | The Motley Fool
Ada orang suka untuk update journal dia hujung minggu untuk baiki kesilapan diorang. Satu tindakan yang bijak!

Kadang-kadang, aku akan buat backtest gila-gila. Nak sharp kan skill aku spot setup yang aku favor. Setup aku ada satu je, Uptrend yang ada continuation itu sahaja. Bila dah selalu backtest beratus2 screenshot, lama2 aku jadi terbiasa dengan setup tu. Ia secara tak langsung akan develop instinct dalam diri aku sebab aku dah mengadap setup yang sama beratus-ratus kali. Mesti la aku akan rasa tak sedap hati jika ada benda yang off grip betul tak?

Biasanya tak banyak kaunter yang aku boleh dapat walaupun aku buat prep. Selalunya 5 kebawah. Dan itupun bagi aku dah cukup banyak sebab modal aku terhad. Tak boleh hold banyak sangat kaunter. Jadi aku akan pilih aku akan pilih secara random dari semua tu sebab aku tak mau terlampau menaruh harapan kepada kaunter yang aku rasa berpotensi untuk boom.

Pernah sekali aku menaruh harapan tinggi pada satu kaunter yang mana setup memang cun dan difilter dengan FA semua cantik. Jadi aku pilihlah kaunter A ni, alih 2 dia terjun tapi kaunter lagi satu yang tak cun FA lak yang meletop. Oleh itu, aku buat lah cara ini iaitu aku pilih je random. Biasanya baling dadu je paling mudah. Kalau aku ada modal lebat dah lama aku sapu semua. Tapi tulah modal terhad kan.

Aku harap sedikit perkongsian aku boleh lah membantu korang untuk buat apa prep di hujung minggu. Inshaa ALLAH aku doakan kita semua akan mendapat rezeki yang halal melalui aktiviti trading saham ini. Amiiin.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →