Follow Trend Vs Counter Trend

Bismillahirrahmanirrahiim

Topik ni antara topik yang hangat juga dalam kalangan trader. Sama ada nak follow trend ataupun counter trend. Ada yang berani ada yang tak. Masing-masing mempunyai risk appetite tersendiri. Melalui bacaan aku, memang ramai yang menyarankan untuk follow trend berbanding untuk counter trend. Kalau nak counter trend pun, mestilah counter semasa retracement ataupun mengikut directional trend yang lebih besar.

Aku tengok kepada style trading trader lagenda Dan Zanger, apa yang dia terapkan adalah dua perkara iaitu trade pada saham yang sektor sedang hot dan juga dalam keadaan uptrend. Cara dia trade juga simple. Hanya fokus kepada trendline dan mencari chart continuation pattern, lagi-lagi rectangle pattern. Itu adalah pattern kegemaran beliau.

Trading's Ins and Outs ... Westwood Capital's Dan Zanger
Kredit Trader Magazine

Tapi itu dari sudut pandang seorang trader. Bagi investor pula, diorang cukup suka counter trend yang mana beli masa harga betul-betul jatuh. Contoh yang kita boleh ikut adalah pelabur lagenda Warrent Buffet. Harga saham yang dia beli selalunya dibawah Intrinsic Value ditambah dengan Margin of Safety sekitar 15 percent kalau tak silap.

Bila kita lihat dalam chart, memang kita nampak Warrent beli pada saham yang sedang dalam keadaan downtrend. Tetapi beliau yakin kerana kekuatan fundamental syarikat itu sendiri memberikan dia semangat untuk terus hold. Bila harga jatuh, dibeli lagi, kerana bagi pelabur, harga yang jatuh adalah harga diskaun.

Kredit Forbes

Jadi kesimpulan daripada topik Follow Trend VS Counter Trend adalah:

  1. Follow trend sesuai untuk trader
  2. Counter trend sesuai untuk investor

Kesilapan besar aku dulu adalah mencampur adukkan antara investor dan juga trader. Sebab tu aku sering tersasar dan tak mempunyai disiplin yang tinggi dalam trading. Ye la, sekejap aku follow trend, sekejap aku counter trend. Lama-lama aku sendiri tak faham apa yang aku nak. Lepas dah makin lama dalam industri ni, berdasarkan bacaan, backtest dan forward test, lama-lama aku sendiri faham tentang kegunaan kedua dua konsep ini.

Nak follow trend ada banyak indikator ataupun drawing tool yang boleh bantu. Kalau korang sesuai jadi chartist, maka drawing tool adalah mainan korang la. Contoh macam trendline, equidistant channel, pitchfork, fibonacci. Hari-hari kalau korang lukis confirm akan terer la. Sampai satu tahap sekali tengok pun dah tahu mana poin A dan poin B untuk korang tarik garisan.

Yang suka main dengan indikator boleh la digelar sebagai technician. Korang boleh pilih bermacam macam set indikator yang boleh digunakan untuk mapping chart. basically ada 3 sahaja kategori indikator iaitu trend, oscillator dan volume. Haa pilih lah mana yang berkenan dihati dan selalulah bermain dengan parameter indikator untuk dapatkan hasil yang paling ngam.

Follow Trend VS Counter Trend, dua dua ada kebaikan dan kekurangan. Cuma siapakah yang layak untuk gunakannya dalam sesuatu situasi yang bersesuaian. Tepuk dada tanya selera. Semoga ALLAH SWT kurniakan rezekiNya melalui jalan saham ini inshaa ALLAH.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →