Belajar Dari Broker

Bismillahirrahmanirrahiim

Best jugak kalau kita like fanpage broker-broker ni. Biasa diorang akan beri buy call kepada para client. Diorang juga akan beri satu cadangan kaunter beserta dengan analisis diorang sama ada dari segi fundamental bisnes syarikat dengan dari sudut pandang teknikal analisis. Aku jadi macam ketagih nak belajar dari buy call diorang ni.

Ya lah, kalau kita tengok dalam group atau youtube, rata2 yang buat analisis adalah trader amateur. Yang tak ada certificate macam MSTA CTFE CMT CFE dan sebagainya. So bila geng2 yang memang certified buat analisis, diorang ada disiplin yang tersendiri walaupun cara pandang setiap analisis berbeza-beza. At least aku boleh belajar sesuatu daripada posting broker-broker ni.

Antara FB page yang selalu aku follow macam Mplus, CGS CIMB dan Rakuten. Aku rasa tiga ni je yang paling aktif kongsi Buy Call. Broker broker lain cam sendu gak la. Bagi aku cukup dah 3 ni. So far yang aku tengok kebanyakan dari mereka yang buat teknikal analisis adalah seperti berikut

  1. Trade with trend, jarang aku tengok analisis diorang yang counter trend
  2. Pakai double atau Multiple MA.
  3. Continuation chart pattern biasanya triangle,
  4. Entry by breakout triangle
  5. Support by FA
Contoh dari CGS CIMB

Bila tengok cara diorang trade, simple sahaja. Takde yang pelik-pelik atau sampai berserabut chart. Asal tahu reason entry dan projection syarikat diorang akan on. Jadi banyak la aku belajar dari mereka. Betul lah orang kata, kalau nak belajar, belajar dari orang yang betul betul berkelayakan. Sebelum ni asyik tengok youtube je, tak pasti betul atau tidak.

Oleh itu, aku pun dah trim balik teknik aku kepada penggunaan sekadar dua ke tiga indikator sahaja sudah mencukupi. Aku pun nak ikut jejak langkah diorang yang tak mempunyai analisis yang terlampau serabut. Ada je masa analisis diorang tak menjadi, tapi tu normal la bukan semua entri kita berjaya. Kita kena pandai juga control loss kita dengan profit yang lebih besar. Tu je caranya berdasarkan kepada statistik.

Aku teringin juga nak ambil lesen ngan sijil ni tapi mahal sangat pulak. MSTA je dah RM 10,000. MSTA ni boleh kira sijil professional standard diploma. Tu tak kira lagi CTFe ke CFA dan sebagainya. Tapi kalau kita memang nak ilmu duit x jadi halangan. Inshaa ALLAH jika ada duit lebih kita boleh cuba. Buat masa sekarang aku cuma ada eFPMR sahaja yang mana sijil yang melayakkan aku jadi MR, sahaja. Aku target untuk ambil module 6 or 7 jika berkesempatan

Semoga ALLAH berikan kita ilmu yang bermanfaat dan menjadikan kita lebih bertakwa Amiin.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →