Bacalah Buku Saham

Bismillahirrahmanirrahiim

Bacalah, arahan pertama turun masa Nabi SAW dilantik menjadi rasul pun adalah Baca. Membaca jambatan ilmu, bangsa membaca bangsa melawan. Itu antara hikmat hikmat yang aku pegang untuk kekal momentum aku untuk terus membaca buku buku saham. Sehingga kini aku boleh kata dah berbelas-belas buku saham aku baca. Baik luar negara dalam negara

Kenapa aku ajak korang baca buku saham ni? Mesti korang cakap lah kan ada blog artikel, youtube boleh baca percuma. Aku setuju dengan korang. Tetapi untuk menghasilkan sebuah buku, ia mempunyai tatacara yang ketat, nak tulis kena ada rujukan ada disiplin dan sebagainya. Lagi satu baca buku senang sebab semua silibus terkait telah dihimpunkan.

Berbeza kalau aku baca artikel artikel di website. Ia ibarat puzzle yang korang kena cantum cantum. Last2 aku yang confuse haha. Tu kalau dapat cantum, kalau tak dapat tergantung begitu je lah. Lagipun sesiapa sahaja boleh menulis dalam internet ni ataupun buat konten youtube. Jadi kita masih boleh mempersoalkan kredibiliti content creator tu sendiri.

Idea Saham - Kombo Buku Saham Panduan Asas Pelaburan Saham + Candlestick  Petunjuk Saham | buku saham | melabur saham bskl | Lazada
Contoh buku saham dihasilkan oleh penulis Malaysia

Buku pula ada bahagian mengenai penulis. Aku boleh tengok dulu biodata siapa penulis dia. Dari situ aku boleh justify expertise seseorang penulis tersebut dan lebih percaya dengan info yang ditulis pasti lebih akurat kerana ia ditulis berdasarkan kepada ilmu dan pengalaman mereka. Ada yang berlatar belakang sebagai fund manager, ada yang sebagai remisier dan trader dan ada juga daripada founder sesebuah institusi.

Lebih menarik lagi, lebih banyak aku baca buku saham, lebih banyak aku sedar yang aku tak tau banyak perkara. Bayangkan dulu kita belajar SnR sekadar lukisan yang dilukis berdasarkan daripada dua bounce sahaja. Bila kita semakin banyak membaca, baru kita tau SnR ni boleh digenerate dengan berbagai cara dan berbagai pandangan yang secara tak langsung boleh bantu kita untuk memahami lagi fasa fasa dalam market dan carta.

Aku bermula pun dengan membaca buku saham yang nipis-nipis. Sebab susah juga nak develop benda2 baru kan. Aku start baca dari dua muka surat setiap hari, lama2 makin syok, kadang2 buku2 yang nipis ni boleh habis dalam masa dua hari je. Tu pun aku baca lepas kerja. Lepas tu aku jadi ketagih untuk beli buku buku saham yang lain walaupun orang cakap alah benda ni semua ada kat internet. Aku pun tak tau lah sebab dah jadi ketagih nak bau buku baru kot haha.

Sekarang aku da baca yang tebal tebal sikit, yang 500 muka surat punya. baru lah lambat sikit nak habis haha. Untuk korang yang baru nak mula, beli lah buku buku saham terbitan malaysia dahulu. Harga diorang aku cakap, MAHAL, tapi boleh la untuk korang yang baru nak mula. Kalau buku buku luar negara harga lebih murah. Bayangkan dengan harga RM 50, aku boleh dapat buku tebal macam Ensiklopedia. Hehe. Paling senang cari je kat shoppee.

Aku doakan korang juga boleh develop tabiat membaca ni Inshaa ALLAH

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →