Bismillahirrahmanirrahiim
Big Law Number ni mungkin asing dalam kalangan trader. Sebab topik psikologi trading ni tak menarik pun. Apa yang menarik buy akar sell pucuk dengan SS beratus percent gain. Aku dulu pun tak tau pasal big law number ni. Lepas banyak baca buku buku pasal pelaburan dan trading ni, mula la aku faham apa itu big law number.
Big law number bermaksud percentage ratio yang akan korang win atau loss dalam sesebuah teknik. Itu je. Topik ni bagai satu hempukan di kepala aku yang masa tu masih lagi asyik melompat teknik yang bermacam- macam. Setiap teknik trading ada edge tersendiri. Ada yang power masa sideway ada yang power masa trending.
Jadi, bila aku lompat teknik, kemungkinan masa tu teknik A power dekat sideway, tapi harga tengah trending. Trending pula boleh jadi berbulan-bulan. So, memang makan kuah la jawabnya. Lepastu aku lompat ke teknik B yang power trending, tapi alih alih market dah sideway, kuah sekali lagi la aku. Situasai tersebut mengajar aku untuk stick pada satu sistem.
Nak modify atau tune system tu ok je, contoh nak tukar parameter MA ke, paramater stochastic dan sebagainya. Tapi ko mesti ada satu tool yang menjadi tiang seri kepada teknik tersebut. Macam aku, tiang seri teknik aku Bollinger Band. Jadi, walaupun tool tool lain berubah, bollinger band dengan default parameter tetap wujud dan aku tau BB ni power masa trending phase sahaja.
Secara tak langsung aku pun mematuhi lah konsep Big Law Number tu sendiri. Dari sini jugak aku sedar bahawa memang tiada teknik yang perfect. Ada je orang kata kenapa tak guna teknik yang power sideway masa market sideway dan sebagainya. Boleh la aku cakap, berkata kata itu lebih mudah berbanding aplikasinya. Market ni pelik weh, kadang kita ingat sideway rupanya pause sekejap je untuk trending.
Aku harap korang akan jumpa tiang seri teknik korang. Inshaa ALLAH