Perlu Ke Trading Station Yang Mantap?

Bismillahirrahmanirrahiim

Aku selalu gak tengok ada trader yang setup trading station dia super powderful. Nampak memang best la sebab senang nak navigate chart diorang tu. Asal ada duit, apa salahnya kita invest kat dalam perkara yang memang kita nak guna betul tak? Tapi kalau yang tak berapa berada tu, standard laptop pun dah cukup dah untuk buat analisis yang mapan.

Kalau tanya kat aku sendiri, aku tak perlukan sebuah trading station yang mantap. Pertama aku ni swinger, bukan hari-hari perlu update dengan price tick. Cukup tunggu daily close dan tengok overall market harian dah cukup. Kalau nak trigger entri atau cut, aku lagi suka phone berbanding pakai laptop or desktop ni. Aku tak tau mungkin aku punya imaginasi sendiri kot, kalau pakai web based Mplus tu cam slow sangat, padahal aku nak masuk order je pun. Sebab tu aku lagi prefer pakai phone.

Our Students Trading Stations - Warrior Trading
Contoh workstation setup mat saleh. Kena tau apa yang kita nak letak pada setiap monitor. Bukan nak glamer masuk tiktok sahaja

Kalau day trader tu ya la, memang perlukan at least tiga monitor. Tiga monitor ni digunakan sama ada nak execute triple monitoring timeframe, ataupun ada yang letak satu monitor untuk news, satu monitor untuk chart satu monitor untuk entri. Tak perlu la diorang nak swap tab bagai untuk papar maklumat. Just lirikkan mata ke monitor yang berkaitan, diorang dah boleh buat swift decision untuk entri.

Untuk develeop trading station yang mantap, kalau boleh beli yang berbaloi la. Jangan sebab kita pun nak ada trading station, kita beli equipment yang tak support dual monitor. Dah la grafik card ni mahal, jadi jangan membazir beli benda lower spec pastu nak sumbat benda yang high spec. At least kalau nak bermula tu dua monitor pun dah cukup bagi aku. Pasang vertical kalau bilik tak luas. Cuma kena dongak la waktu nak tengok. Kalau aku memang tak suka vertical, sakit tengkuk.

Dah beli trading station jangan lupa beli meja dengan kerusi. Setup pc dah mantap tiba2 lapik pakai meja GS je. Bapak lol. Nak ajak member2 lepak bilik pun rasa segan. Terpaksa buh selimut buat skirting. Sekarang ni tengok meja yang elok2 dan kerusi yang ok semua ada yang mampu milik dah. bawah ratus2 tu aku kira ok la berbanding dulu mau ribu riban kerusi gaming sahaja.

Kesimpulannya, trading station ni sangat penting untuk mereka yang trade scalping, day trader dan high volatile market macam Future. Ataupun penting untuk mereka yang trader tapi dalam masa yang sama kaki streamer ataupun buat design photoshop. Semoga ALLAH SWT murahkan rezeki kita semua amiiin.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →