Movie Best Pasal Trading

Bismillahirrahmanirrahiim

Sapa je kan tak suka tengok movie. Aku pun suka. Aku cukup suka kalau tengok cerita hantu or seram ni. Sebab movie ni sifat dia santai, senang ingat dan ada mesej yang ingin disampaikan. Sama la juga dengan trading ni. Diorang ada filem sendiri untuk sampaikan mesej kepada trader trader diluar sana. Jadi, kalau korang belum tengok, jangan lupa tonton. Boleh search kat youtube sahaja sebab movie2 ni semua dah lama. Ni aku tunjuk senarai movie best pasal trading.

Wall Street.

Ni cerita seorang mamat stockbroker yang terlalu ambitious untuk naik tangga korporat dalam dunia pelaburan saham. Dia engage dalam insider trading yang mana cara ni menyalahi undang-undang. Last-last dia jatuh

Wall Street: Money Never Sleeps

Ni macam sambungan wall street tapi lebih kepada tema kekeluargaan sikit. Tapi still boleh tengok kepala manipulator yang main dengan harga pasaran

The Big Short

The Big Short Moview Summary Review | 688 Words | BohatALA

Kalau korang nak tau pasal kes sub prime loan, boleh tengok cerita ni. Confirm faham kenapa pasaran jatuh gila gila waktu tu.

The Wolf of Wall Street

The Wolf of Wall Street - Rotten Tomatoes

Ni pasal pump and dump. Kalau korang nak tau kenapa SC strict sangat kepada orang yang tak ada lesen untuk buy call, boleh tengok citer ni. Boleh tau camne si Leonardo ni shill penny stock gila2 dekat trader

The Pursuit of Happiness.

Cerita pasal kesungguhan seseorang yang susah, akhirnya dapat diterima untuk bekerja di dalam stock broker. Yang ni cerita yang lebih kepada emosi, tak banyak sangat dengan teknikal pasaran. Tapi BEST!

Margin Call.

Ni cerita berinspirasikan kes krisis kewangan tahun 2008. Analyst diorang dapat detect masalah yang mungkin buatkan harga drop kaw kaw dalam tempoh 24 jam.

Rogue Trader

Ni jenis untuk korang yang nak faham tentang high risk trading. Cerita dia seorang trader firm ni dia kuat letak bet, dan mm kelaut. Bila rugi lari keluar negara. Senario dia kira best sebab amik pasaran asia. Indonesia dan Singapore

Boiler Room.

Boiler Room (2000) - IMDb

Aku pun tak tau nak cakap macamana. Kira bercampur2 gak la tema citer ni. Ada pasal kompang stock, pump and dump, lari dari penguasa dan sebagainya.

Wall Street Warriors.

Macam dokumentari sikit. Ada banyak episod. Boleh nampak la real time punya floor trading.

Ok, harap korang enjoy dengan movie2 semua tu. Inshaa ALLAH banyak pengajaran yang korang akan dapat dari semua cerita tu.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →