Bismillahirrahmanirrahim
Unit trust dan ETF mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua jenis produk pelaburan ini terdiri daripada berbagai-bagai jenis aset yang menunjukkan konsep diversifikasi dipraktikkan. Walaupun begitu, terdapat perbezaan antara unit trust dan ETF dari segi bagaimana mereka diuruskan. ETF boleh dijual beli seperti harga saham manakala unit trust hanya boleh dibeli pada penutup setiap hari berdasarkan kiraan NAV Price. Kebiasaannya, unit trust diuruskan secara aktif, yang mana seorang pengurus dana akan memastikan apakah jenis aset yang bakal dibeli sebagai pelaburan. ETF pula berbentuk pasif yang mana pergerakannya hanya berdsasrkan kepada indeks pasaran tertentu.
Sehingga ke hari ini anda boleh lihat sebanyak 700 lebih unit trust yang ada di Malaysia untuk anda pilih manakala ETF boleh dikatakan masih baru dan jumlahnya dibawah 100. Oleh itu, pelabur boleh memilih sama ada ingin melabur di dalam unit trust ataupun ETF berdasarkan risk tolerance masing-masing.
Perbezaan Unit Trust dan ETF
Unit trust mempunyai satu jumlah pelaburan minima jika dibandingkan dengan ETF. Jumlah pelaburan minima pula tidak tetap dan bergantung kepada syarikat yang menawarkan produk unit trust tersebut. Sebagai contoh, di Philip Capital Market, anda boleh melabur serendah RM 5,000 dan dalam masa yang sama diberikan seorang pengurus dana persendirian untuk menguruskan wang anda.
Unit trust juga diuruskan secara aktif oleh pengurus dana untuk membeli dan menjual produk pelaburan yang membentuk portfolio dana unit trust tersebut. Tujuannya adalah untuk membuat keuntungan lebih tinggi daripada pergerakan indeks yang mereka rujuk. Sebagai contoh, unit trust A merujuk kepada pergerakan indeks FBMKLCI sebagai penanda aras keuntungan mereka. Oleh itu, kos yang dikenakan agak tinggi memandangkan ianya diuruskan secara aktif oleh pengurus dana.
Pembelian dan penjualan unit trust pula hanya berlaku antara pelabur dan juga dana unit amanah tersebut. Harga sesebuah unit trust iaitu NAV pula hanya akan ditentukan selepas pasaran ditutup pada hari tersebut. Maka, harga NAV pada hari ini akan menjadi harga rujukan untuk pelabur membeli unit trust tersebut pada hari esok.
Jenis-Jenis Unit Trust
Secara amnya, terdapat dua jenis unit trust iaitu :
- Open Ended
- Close Ended
Open ended bermaksud unit amanah tersebut berjaya mendominasi pasaran unit trust dari segi volume dagangan dan aset dibawah pengurusan mereka. Pembelian dan penjualan unit dana tersebut berlaku secara langsung antara syarikat dan juga pelabur. Malah tiada had limit jumlah unit yang ditawarkan dalam pasaran seperti saham. Semakin banyak pelabur melabur, maka semakin banyak milikan unit amanah yang diperolehi.
Close end pula adalah dana yang mempunyai unit yang terhad dan tidak akan mengisukan unit yang baru walaupun permintaan terhadap produk pelaburan tersebut meningkat. Harga unit amanah tersebut tidak ditentukan oleh NAV tetapi ditentukan oleh hukum permintaan dan penawaran.
Karakteristik ETF
ETF mempunyai kos yang lebih rendah daripada unit trust. Biasanya kos membeli ETF sama seperti kos belian saham iaitu brokerage, stamp duty, GST dan clearing fee. ETF boleh dijual beli seperti saham, iaitu harga ETF akan dikemaskini setiap masa, berbeza dengan unit trust yang mana harga hanya akan dikemaskini pada setiap penutup hari dagangan. Lebih menarik lagi, ETF mempunyai kapasiti untuk melakukan Short Selling seperti saham. Pergerakan harga ETF dipengaruhi oleh dua elemen iaitu harga NAV dan juga Supply and Demand.
Kesimpulan
Artikel ini telah menerangkan secara lengkap tentang perbezaan antara unit trust dan juga ETF. Perbezaan tersebut merangkumi dari segi kos, cara pengurusan dan faktor yang mempengaruhi harga seunit produk pelaburan. Setiap produk mempunyai kekuatan masing-masing dan anda sebagai pelabur harus tahu bagaimanakah untuk memanipulasi produk produk ini untuk ditambahkan ke dalam portfolio anda.
Sumber : Investopedia
Baca Lagi : Bagaimana Dividen Mempengaruhi Harga Net Asset Value