Bagaimana Dividen Mempengaruhi Harga Net Asset Value Unit Trust

Bismillahirrahmanirrahim

Pembahagian dividen secara amnya boleh menurunkan harga Net Asset Value sesuatu unit trust. Sebagai contoh, jika harga NAV sebelum dividen diagihkan adalah RM 1.00 namun selepas dividen diagihkan, maka harga NAV akan menurun sebagai contoh 0.98 sen. Penurunan harga NAV ini bukanlah bermaksud pelabur menghadapi kerugian secara total.

Pasti anda tahu, sebuah unit trust akan melaburkan dana tersebut ke dalam pelbagai jenis produk pelaburan, bagi menepati konsep diversifikasi portfolio. Antara yang popular adalah pelaburan dalam saham, komoditi dan juga bon. Di dalam pelaburan saham, terdapat syarikat yang membayar dividen kepada para pelabur dan bayaran dividen tersebut secara langsung akan membuatkan harga saham tersebut sedikit jatuh disebabkan pengagihan dividen yang dilaksanakan

Oleh itu, apabila harga saham tersebut jatuh, ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada harga NAV unit trust tersebut dan turut akan jatuh. Jika harga nav jatuh, maka keuntungan anda juga turut jatuh semasa menjual semula pegangan unit amanah anda.

Bagaimana Pengagihan Dividen Mempengaruhi NAV

Harga Nav unit trust tersebut dikira dengan memebahagikan nilai dana aset tersebut dengan jumlah unit dana tersebut. Apabila dana tersebut mengagihkan dividen kepada para pelabur, maka harga NAV akan jatuh. Para pelabur harus faham tentang situasi tersebut dan perlu memastikan bahawa pelaburan tersebut berbaloi untuk jangka masa panjang. Secara kasar, jika syarikat mampu membayar dividen ia merupakan satu petunjuk bahawa syarikat tersebut berjaya meraih keuntungan dalam suku tahunan tersebut.

Rata-rata kebanyakan pelabur memilih untuk melaburkan semula dividen yang seharusnya diterima dalam bentuk cash kepada unit amanah. Semasa bayaran dividen dilaburkan semula, para pelabur akan menerima tambahan unit yang menggantikan bayaran cash. Harga NAV tetap jatuh namun pegangan unit pelabur tersebut telah bertambah lebih banyak. Sebagai contoh, jika sebelum ini pelabur A mempunyai 1000 unit, selepas dividen ditawarkan dan dilaburkan semula, jumlah unit bertambah menjadi 1200 unit.

Jumlah Pulangan

Harga NAV tidak menceritakan keseluruhan prestasi sesuatu unit trust, tetapi jumlah pulangan yang akan menentukan sama ada unit trust tersebut perform atau tidak. Jumlah pulangan dipaparkan dalam bentuk peratusan terhadap harga NAV pada satu tempoh jangka masa pelaburan. Ia menunjukkan maklumat tentang kenaikan harga NAV dan juga jumlah pengagihan dividen. Dari situ, barulah para pelabur boleh mengenalpasti ROI sebenar sesuatu unit trust tersebut.

Contoh yang selalu anda lihat adalah 1 year projection 2 year projection 5 year projection dan 10 year projection return. Dari situ barulah anda boleh simpulkan adakah unit amanah itu berbaloi untuk dibeli sebagai pelaburan.

Invest Made Easy - for Malaysian Only: Top 10 Malaysia Shariah (Islamic) Unit  Trust Funds Comparison!
Contoh jumlah pulangan yang diterima selama 5 tahun dalam unit trust

Kesimpulan

Artikel ini telah menerangkan tentang bagaimana dividen boleh mempengaruhi harga nav sesuatu unit amanah. Walaupun begitu perkara yang agak teknikal ini tidak menjadi perhatian ramai pelabur kerana kebanyakan mereka bersetuju untuk reinvest semula dividen yang mereka terima untuk mendapatkan unit amanah yang lebih banyak.

Sumber : Investopedia

Baca Lagi : Perbezaan Antara Unit Trust Dan ETF

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →