Apa itu Unit Trust

Bismillahirrahmanirrahim

Unit trust merupakan sejenis produk pelaburan yang terhasil melalui pengumpulan dana daripada pelabur untuk membeli sekuriti seperti saham, bond, matawang ataupun komoditi. Unit trust beroperasi dengan menggunakan seorang pengurus dana yang akan membentuk portfolio dengan cara menentukan jenis aset dan sekuriti yang harus dimiliki. Pengurus dana bertangungjawab dalam memastikan portfolio yang dirangka dapat memberikan pulangan pelaburan yang baik kepada para pelabur melalui capital gain atau dividen yang diterima.

Unit trust memberi peluang kepada pelabur kecil untuk dana mereka diuruskan oleh pihak yang professional dalam pembelian aset, komoditi saham atau bon. Setiap pelabur akan melaburkan dana ke dalam unit trust dan sanggup untuk menerima keuntungan dan kerugian daripada portfolio yang dibangunkan. Biasanya, unit trust akan melabur dalam pelbagai jenis sekuriti. Selalunya mereka mengukur prestasi sesuatu pelaburan berdasarkan market cap aset tersebut.

Asas Kekuatan Kewangan: How Unit Trust Works?
Carta alir bagaimana urutan unit trust berlaku

Memahami Apa itu Unit Trust

Seperti mana yang telah saya terangkan, unit trust merupakan satu pengumpulan dana daripda pelabur-pelabur untuk membeli sesuatu aset atau sekuriti. Nilai sesebuah syarikat unit trust bergantung kepada prestasi sekuriti yang telah mereka beli. Jadi, apabila anda melaburkan duit anda di dalam unit trust, anda sebenarnya sedang membeli portfolio yang telah mereka bangunkan. Melabur melalui unit trust juga berbeza dengan melabur saham secara sendiri. Sebagai contoh, jika anda membeli saham, anda mempunyai hak untuk mengundi di dalam AGM, namun bagi anda yang melabur melalui unit trust, walaupun anda lihat unit trust tersebut membeli saham syarikat A, anda tetap tidak mempunyai hak untuk mengundi.

Harga sebuah unit trust akan disandarkan kepada Net Asset Value (NAV) seunit. Harga NAV sesuatu unit trust bergantung kepada formula berikut, iaitu jumlah keseluruhan nilai sekuriti dibahagi dengan jumlah unit yang ditawarkan. Unit unit ini dimiliki oleh para pelabur yang terdiri daripada institutional investor, retail investor atau insiders. Saham unit trust ini boleh dibeli dan jual berdasarkan harga NAV semasa.

Harga NAV unit trust tidak seperti harga saham kerana ianya dikira pada setiap penutupan hari dagangan, berbeza dengan harga saham yang sentiasa turun naik sepanjang pasaran aktif. Oleh itu, harga NAV unit trust pada hari tersebut hanya boleh dirujuk selepas pasaran ditutup pada penghujung waktu pasaran.

Kebanyakan unit trust membeli beratus-ratus jenis security dalam membentuk portfolio yang berasaskan konsep diversification dengan harga yang lebih rendah. Contohnya, kos untuk membeli lima saham melalui akaun CDS anda adalah tinggi kerana kos brokerage akan dikenakan setiap kali pembelian saham tersebut dibuat. Berbeza dengan unit trust, anda hanya perlu membayar sekali sahaja iaitu membayar pada harga NAV untuk memiliki kelima-lima saham tersebut.

Net Asset Value Formula | NAV Calculator | Examples (with excel template)
Contoh harga NAV bagi setiap produk unit trust

Bagaimana Unit Trust Beroperasi atau Bekerja.

Sebuah unit fund boleh diibaratkan sebagai sebuah syarikat yang mempunyai saham yang tersendiri. Namun, di dalam unit fund, tiada perniagaan yang dilakukan tetapi mempunyai set-set portfolio pelaburan yang boleh dimiliki oleh pelabur pelabur kecil. Sebagai contoh, jika seorang pelabur membeli saham REDTONE, maka dia akan memiliki sebahagian daripada perniagaan REDTONE. Sama juga konsepnya dengan unit trust, jika anda membeli saham unit trust, maka anda memiliki sebahagian daripada Portfolio unit trust tersebut.

Kebiasaannya terdapat tiga cara bagaimana seseorang pelabur mendapat keuntungan melalui unit trust.

  1. Dividen yang diperolehi melalui saham yang dimiliki ataupun kadar faedah yang diperolehi melalui bon
  2. Capital gain iaitu jika harga beli NAV lebih rendah daripada harga jual NAV maka pelabur berjaya mendapat keuntungan hasil daripada harga jual dan beli.
  3. Jika syarikat tidak lagi menambah lot saham unit trust kepada orang ramai, maka harga NAV akan meningkat dan anda boleh menjual lot milik anda kepada orang lain.

Kesimpulan

Ringkasnya, saya telah menceritakan apa itu unit trust, bagaimana unit trust beroperasi dan juga cara bagaimana anda boleh menjana keuntungan melalui unit trust. Jika anda berminat untuk melabur unit trust berasaskan konsep private mandate, anda boleh hubungi saya melalui telegram iaitu 018 9418731. Sekian terima kasih,

Sumber : Investopedia

Baca lagi : Jenis-Jenis Unit Trust

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →