Pelaburan Emas Kuwait Finance House Secara Online

Dewasa ini terdapat banyak syarikat dan bank yang menawarkan kemudahan pelaburan emas sebagai salah satu produk jualan mereka. Kuwait Finance House tidak terkecuali menyediakan pelaburan emas yang semestinya halal kerana mereka bukanlah menjual paper gold tetapi gold fizikal yang mana ianya boleh dimohon oleh pembeli emas di mana mana cawangan KFH. Jadi mari kita lihat berbaloikah pelaburan emas Kuwait Finance House ini.

Membuka Akaun Emas di Kuwait Finance House

Untuk membuka akaun emas di KFH, anda haruslah membuka saving account terlebih dahulu. Pembelian emas melalui KFH akan dibuat melalui potongan duit yang ada di dalam saving account. Apabila saving account anda telah dibuka, untuk membuka akaun emas KFH, anda haruslah membeli sekurang-kurangnya 2 gram emas dan ianya akan kekal di dalam akaun emas sehingga anda memutuskan untuk menutup terus akaun emas di KFH.

Harga Emas di Kuwait Finance House dan Kadar Spread Yang Berbaloi

Menariknya, harga emas di Kuwait Finance House adalah berdasarkan harga emas dunia. Oleh itu secara tidak langsung, anda mempunyai kebolehan untuk membeli emas pada harga spot. Berbanding dengan anda membeli emas di kedai-kedai emas, harga yang ditawarkan sudah pasti lebih tinggi dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan.

Harga emas boleh anda lihat di sini -> harga emas kfh

Jadi, bagaimana pula untuk kadar spread yang ditawarkan oleh pihak KFH? Jawapannya sungguh berbaloi kerana hanya sekitar 4.5% yang dikenakan oleh mereka ataupun dalam angka mudah adalah sebanyak RM 10 untuk transaksi jual dan beli yang lengkap. Untuk makluman, kadar spread dibawah 10% adalah dianggap sebagai kadar spread yang berbaloi bagi emas pelaburan. Sebagai contoh apabila anda beli 1 g emas, harga emas dunia adalah RM 250 tetapi anda beli dengan harga RM 255 dengan KFH disebabkan spread dan apabila anda menjual semula 1 g emas, anda akan menjual dengan harga sebanyak RM 245 dari harga emas dunia menjadikan total spread adalah RM 10.

Untuk masa pembelian pula, hanya tertakluk pada waktu bekerja sahaja, jangan pula cuba untuk beli pada waktu hujung minggu atau di luar office hours kerana pembelian tersebut pasti gagal disebabkan tiada staff yang menguruskan pembelian/penjualan emas tersebut

Kelebihan Pelaburan Emas Kuwait Finance House

Disini saya lampirkan kelebihan-kelebihan yang disediakan oleh KFH bagi pembeli emas mereka.

  1. Pembelian boleh dilakukan secara online tanpa perlu untuk ke cawangan KFH
  2. Emas yang dibeli boleh dikeluarkan dan permohonan boleh dilakukan di cawangan KFH
  3. Harga emas berdasarkan harga emas dunia
  4. Kadar spread yang cukup rendah iaitu sekitar 4.5%
  5. Patuh Syariah
  6. Tiada kos simpan. Selalunya untuk menyimpan emas di bank anda perlu bayar sekitar RM 100- RM 400 berdasarkan jenis peti deposit.

Namun, terdapat juga kekurangan yang perlu anda ketahui iaitu:

  1. Cawangan KFH yang agak sedikit. Oleh itu jika inginkan emas fizikal anda dipegang, perlu keluarkan dengan kadar yang berbaloi sekiranya cawangan KFH jauh dari tempat anda.
  2. Emas yang ditawarkan adalah emas berketulenan 995 bukan 999.

Secara keseluruhannya, pelaburan emas kuwait finance house adalah pelaburan yang berbaloi dan kelebihan yang ditawarkan sudah cukup untuk menutup kekurangan yang ditunjukkan oleh KFH. Selamat melabur emas.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →