Apa itu Bonus Issue Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Bonus issue merupakan salah satu corporate excercise yang seringkali digunakan oleh mereka. Hal itu merupakan salah satu perkara normal yang sering terjadi di dalam pasaran saham dan mempunyai objektif tertentu mengapa bonus issue di praktiskan. Namun apakah maksud bonus issue dalam saham dan bagaimanakah ianya mampu mempengaruhi pelaburan para pelabur?

Maksud Bonus Issue Dalam Saham

Bonus issue saham merupakan unit saham yang diberikan secara percuma kepada pemegang saham. Ia merupakan ordinary share yang bersifat saham induk dan tidak dikenakan sebarang bayaran. Pemberian bonus issue adalah berbentuk ratio dan berubah-ubah mengikut syarikat yang menawarkan bonus issue tersebut. Dibawah adalah contoh pemberian bonus issue kapada para pelabur.

Saham TopGlove memberi bonus issue kepada para pelabur dengan ratio 2000 : 1000 dengan maksud 2 unit saham percuma untuk setiap milikian 1 unit saham.

Sebagai contoh, jika Ali mempunyai 1000 unit saham, maka selepas bonus issue dikeluarkan, saham Ali akan menjadi 3,000 unit.

Kesan Bonus Issue Kepada Para Pelabur dan Harga Saham

Secara amnya, terdapat beberapa kesan yang berlaku pada harga saham tersebut:

  1. Harga akan di adjust menjadi lebih rendah
  2. Jumlah unit saham akan mula meningkat
  3. Trading volume selepas bonus issue dikeluarkan akan meningkat
  4. EPS akan turun

Oleh itu, jangan terlalu panik apabila perkara ini berlaku. Anda harus lihat dahulu mengapa bonus issue saham dikeluarkan berbanding daripada membayar dividen kepada para pelabur. Antara sebab mengapa kebanyakan para pelabur suka untuk kepada bonus issue adalah :

  1. Harga saham yang dahulunya mahal kini boleh dibeli dengan harga yang murah
  2. Petanda keyakinan syarikat terhadap konsep operasi perniagaan mereka
  3. Hanya bagus jika syarikat yang mengeluarkan bonus issue saham ini adalah dari syarikat yang kukuh.
Top Glove turun harga apabila bonus issue saham dikeluarkan

Sebab Bonus Issue Saham Dikeluarkan

Bonus issue merupakan salah satu cara syarikat untuk mengagihkan keuntungan mereka. Apabila mereka memutuskan untuk mengembangkan operasi perniagaan, mereka memerlukan dana yang lebih banyak dan meminjam untuk melakukan perniagaan akan melibatkan kos dengan membayar interest yang tinggi kepada bank sekaligus menurunkan kadar keuntungan mereka. Oleh itu, mereka menawarkan bonus issue kepada para pelabur kerana pemberian bonus issue tidak melibatkan sebarang pembayaran dari segi bentuk wang.

Selain itu, ia bakal memberikan sentiment kepada pelabur pelabur lain untuk membeli saham mereka pada harga yang murah dan menyebabkan saham saham mereka dianggap sebagai undervalue dan dibeli oleh ramai pelabur. Jadi, strategi pemberian bonus issue secara tidak langsung boleh meningkatkan modal mereka untuk pelebaran perniagaan dengan cara reserve capital tanpa memberi dividen dan pembelian unit saham dari pelabur baru.

Namun, perlu berhati-hati kepada syarikat yang tidak mempunyai capital yang strong, apabila bonus issue dikeluarkan harga tidak dapat naik seperti yang dirancang, namun nilai saham anda tetap sama. Oleh itu, anda ada pilihan sama ada untuk hold saham tersebut ataupun jual.

Kesimpulannya, pemberian bonus issue saham adalah perkara yang baik kepada sesetengah pelabur dan tidak pada sesetengah pelabur. Ada pelabur yang hanya mensasarkan bayaran dividen dan mereka merasa rugi apabila dividen tidak dibayar secara tunai. Sekian terima kasih.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →