Apa Itu Right Issue Saham dan Kesannya

Bismillahirrahmanirrahim

Di dalam dunia korporat, terdapat berbagai-bagai jenis korporat eksesais yang digunakan bagi menguruskan dana yang sedia ada sama ada mengecilkan size atau membesarkan size. Salah satu praktis corporate eksesais tersebut adalah Right Issue. Jadi Apakah itu Right Isu saham dan bagaimana ia boleh mempengaruhi pelaburan para pelabur?

Maksud Right Issue Saham

Right issue adalah hak untuk membeli saham syarikat pada harga tertentu, biasanya lebih rendah pada harga semasa. Right issue ini hanya ditawarkan kepada pelabur sedia ada sahaja dan mempunyai nisbah ratio bergantung pada pengumuman syarikat tersebut. Sebagai contoh 2:5 yang bermaksud setiap 5 unit saham yang dimiliki layak untuk membeli 2 unit saham right issue.

Tempoh Right Issue dalam saham juga hanya berjalan sekitar 2-3 hari sahaja. Pada hari terakhir, pelabur boleh memutuskan sama ada untuk membeli atau tidak membeli saham right issue tersebut. Oleh itu, para pelabur mempunyai kuasa untuk menolak daripada membeli saham right issue yang dikeluarkan syarikat.

Kenapa Saham Right Issue Dikeluarkan

Sebab utama right issue dikeluarkan adalah apabila syarikat mempunyai masalah cash dalam pegangan dan memerlukan suntikan modal untuk melebarkan jaringan perniagaan. Bagi syarikat yang tidak tersenarai dalam papan bursa, mereka boleh melakukan terbitan IPO, manakala bagi syarikat yang sedia ada tersenarai dalam papan bursa, mereka menggunakan Right Issue untuk mendapatkan modal. Saham right issue juga harus mengeluarkan prospektus untuk dibaca oleh para pelabur tentang mengapa syarikat memerlukan suntikan modal sama ada untuk membayar hutang sedia ada ataupun melakukan pelaburan pengembangan perniagaan pada masa akan datang.

Contoh Announcement berkenaan Right Issue

Efek Right Issue Pada Harga Saham

Secara amnya, apabila right issue dilaksanakan ia memberikan gambaran negatif terhadap aliran tunai syarikat tersebut dan mengakibatkan harga saham tersebut akan jatuh. Oleh itu anda sebagai pelabur harus bersedia untuk absorb kejatuhan harga tersebut.

Tindakan Apabila Right Issue Dikeluarkan

Bagi mereka yang memegang saham yang bersifat penny stock, adalah disarankan untuk menjual sebelum entitlement date berlaku. Logiknya, syarikat yang mempunyai saham penny stock kebanyakannya mengeluarkan right issue adalah untuk membayar hutang syarikat dan mengekalkan momentum yang sedia ada. Oleh itu jika anda tidak mahu pening kepala, jual sahaja saham tersebut dan beli semula pada masa akan datang jika fundamental syarikat itu masih positif.

Untuk mereka yang memegang saham dari papan main board, anda boleh lihat dahulu Debt to Ratio syarikat tersebut agar tidak lebih dari 2, dan mempunyai free cash flow yang boleh menampung kos operasi semasa dan perniagaan semasa syarikat tersebut. Dengan itu anda boleh menganggarkan bahawa syarikat tersebut memerlukan suntikan modal bagi mengembangkan perniagaan mereka secara kasar, selain daripada membaca prospektus yang diterbitkan oleh syarikat.

Kesimpulannya, dengan mengetahui apa itu right issue saham boleh dijadikan sebagai petanda fundamental untuk anda keluar dari market dan tunggu sehingga syarikat tersebut menunjukkan semula potensi keuntungan mereka.

Avatar

About Iqbal Aman

Seorang trader forex dan penulis ebuku Forex Zero SWAP. Berpengalaman hampir 5 tahun dan telah mengkaji serta menguji berbagai-bagai teknik forex sebelum menghasilkan teknik SWAP

View all posts by Iqbal Aman →