Bismillahirrahmanirrahim
Menyimpan emas merupakan satu tindakan yang baik. Dengan memiliki emas, seseorang boleh terlindung daripada kesan inflasi yang terjadi pada wang kertas. Namun tahukah anda, menyimpan emas juga boleh membuatkan anda rugi dan terdedah dengan berbagai-bagai risiko lain? Artikel kali ini akan menerangkan mengenai keburukan simpan emas sendiri.
Terdedah Kepada Kecurian
Kepada mereka yang simpan emas di rumah sendiri, untuk simpanan 10 gram ke bawah mungkin tidak memerlukan anda untuk memikirkan faktor keselamatan itu sendiri, namun apa pula akan terjadi bagi mereka yang mempunyai emas pelaburan sehingga 1 kg dan simpan emas tersebut di rumah sendiri? Sekiranya ada yang mengetahui perkara tersebut, sudah pasti rumah anda akan menjadi sasaran pencuri.
Kecuaian Dalam Penjagaan Emas
Antara keburukan simpan emas sendiri, kebanyakan pembeli emas tidak mempunyai stor atau bekas simpanan yang baik. Ada yang cuma letakkan emas yang dibeli didalam bekas yang kotor. Ia membuatkan secara tidak langsung emas milik anda hilang seri, malah anda terpaksa mendapatkan upah cuci emas untuk menjadikan emas anda nampak lebih cantik dan bersinar. Ianya akan membabitkan kos tidak perlu sekiranya anda tidak culas dalam penjagaan emas tersebut.
Kos Tambahan Simpan Emas Di Bank
Bagi mereka yang tidak mahu menghadapi dua masalah tersebut, mereka memilih untuk menyimpan emas mereka di peti besi dalam bank. Namun, menyimpan emas di peti besi bank akan membuatkan anda terpaksa menanggung kos simpanan emas tersebut sebagai ganti kepada keselamatan yang diberikan oleh pihak bank. Sebagai contoh sewaan peti simpanan di syarikat swasta adalah berharga RM 100-400 sebulan bagi peti yang paling kecil.
Lupa
Ada diantara pembeli emas menyimpan emas mereka secara beselerak di dalam rumah mereka. Ini antara keburukan simpan emas sendiri yang biasa terjadi. Mereka menyimpan ditempat yang terlalu banyak seperi di belakang almari, di dalam tin susu, di bawah laci dapur dan sebagainya. Ini menyebabkan mereka akan mula terlupa sekiranya tidak mencatat kedudukan emas yang disorokkan.
Kesimpulannya, sekiranya anda mempunyai bilangan emas yang kurang dari 100g maka mungkin agak berbaloi untuk simpan dirumah manakala jika amaun emas itu lebih banyak, disarankan untuk simpan di peti deposit sama ada di bank atau syarikat swasta.