Emas merupakan komoditi berharga yang amat sinonim dengan masyarakat kita. Jika dilihat daripada zaman nenek moyang kita, mereka telah mula menyimpan emas sebagai salah satu alat pelaburan dan berharga untuk kegunaan pada masa akan datang. Jadi, apakah kelebihan pelaburan emas pada zaman sekarang?
Ciri-Ciri Kelebihan Pelaburan Emas Pada Masa Kini
Di dalam pelaburan emas, antara kelebihan memiliki emas adalah emas itu bersifat kalis inflasi. Berbeza dengan matawang, sentiasa ada naik dan turun yang membuatkan harga sesuatu barangan semakin tinggi. Sebagai contoh, jika dahulu harga seekor kambing adalah RM 400, namun selepas 5 tahun harga tersebut meningkat sehingga RM 600. Cuba bandingkan dengan emas, jika dahulu harga emas adalah dua gram emas, pada hari ini harga kambing masih lagi dua gram emas.
Harga Emas Selari Dengan Harga Emas Dunia
Pada masa kini pelaburan emas boleh berpandukan kepada harga emas semasa dunia. Itu antara kelebihan pelaburan emas yang terkini yang mana harga emas lebih transparent, lebih jelas dan boleh dilihat oleh semua pembeli. Dengan mengetahui harga emas pasaran dunia, ia boleh mengelakkan anda daripada ditipu oleh penjual yang mengenakan harga yang melampau. Harga emas semasa boleh dilihat secara live di goldprice.org
Emas Lebih Cair Dan Mudah Dijual Beli
Selain itu, emas boleh dibeli dan dijual pada bila-bila masa sahaja. Dengan kuantiti permintaan dan penawaran yang seimbang, emas sentiasa akan ada permintaan walaupun pada harga yang mahal. Oleh itu, tidak ada masalah untuk anda mencairkan aset emas ini untuk mendapatkan wang bagi kegunaan harian berbanding dengan aset pelaburan lain seperti hartanah.
Urusan Jual Beli Emas Semakin Mudah
Urusan jual beli emas untuk pelaburan juga menjadi semakin mudah. Dewasa ini, terdapat berbagai-bagai platform sah yang boleh membeli emas fizikal tanpa sebarang penipuan. Sebagai contoh, anda boleh membeli emas fizikal pelaburan pada harga emas dunia melalui Bursa Saham Kuala Lumpur, akaun emas bullion ataupun Kuwait FInance House account gold. Anda hanya memerlukan sambungan internet sahaja untuk melakukan pembelian, dan sekiranya anda ingin mendapatkan emas anda secara fizikal, boleh sahaja pergi ke tempat belian emas anda untuk mohon pengeluaran emas secara fizikal.
Kadar Spread Yang Rendah
Terakhir, harga spread antara nilai jual dan beli juga agak rendah. Sebagai contoh, spread ataupun perbezaan harga antara nilai jual dan beli dibawah 10% dikira berbaloi. Saya ambil contoh KFH, nilai spread adalah sebanyak RM 10, yang mana semasa beli spread adalah RM 5, semasa jual spread adalah RM 5 menjadikan jumlah spread adalah RM 10.
Kesimpulannya, ada banyak kelebihan pelaburan emas yang diperolehi pada masa kini. Namun, untuk meningkatkan lagi ilmu bagaimana untuk membeli emas pada harga rendah, saya ada mengajarkan ilmu teknikal analisis untuk mempredik dimanakah kebarangkalian harga terendah yang tinggi boleh melonjak naik dalam masa terdekat.