Kenali Asas Candlestick Dalam Chart

Bismillahirrahmanirrahim

Candlestick merupakan salah satu jenis graf yang ditawarkan iaitu bar chart, line chart dan candlestick chart. Antara ketiga tiga jenis graf tersebut, candlestick chart merupakan chart yang paling popular dalam kalangan trader. Mengapa? Ianya akan dihuraikan sebentar lagi untuk anda mengenali asas candlestick di dalam graf chart anda.

Sejarah Asas Candlestick

Candlestick telah diperkenalkan oleh seorang pedagang beras yang bernama Munehisa Homa. Beliau telah menggunakan candlestick ini untuk membaca pasaran harga beras. Beliau juga telah mengambil empat faktor utama harga iaitu harga buka, harga tutup, harga tertinggi dan harga terendah dalam satu-satu masa. Melalui pengamatan pada data-data lampau maka terbentuklah pattern-pattern harga yang memberi maklumat bahawa harga beras tersebut akan naik ataupun turun.

Komponen Asas Candlestick Dalam Chart Forex/Saham

Secara amnya, terdapat enam perkara yang terdapat di dalam satu candlestick iaitu:

  1. Open Price (Memberi maklumat harga pembukaan pada satu-satu timeframe)
  2. Close Price (Memberi maklumat di mana harga berakhir pada satu-satu timeframe)
  3. High Price (Menunjukkan harga tertinggi yang dicapai dalam satu timeframe)
  4. Low Price (Menunjukkan harga terendah yang dicapai dalam satu timeframe)
  5. Body (Menunjukkan momentum pergerakan pasaran yang pada satu arah)
  6. Shadow (Menunjukkan momentum pasaran yang ditolak semula menjadikan terdapat pergerakan dua arah)
bentuk candlestick

Jenis-Jenis Asas Candlestick

Terdapat dua jenis candlestick yang perlu diketahui iaitu:

  1. Bullish Candlestick (berwarna hijau) menunjukkan bahawa price telah menaik dan membentuk bullish candlestick. Ianya terjadi apabila harga close price adalah lebih tinggi berbanding harga open price.
  2. Bearish Candlestick (berwarna merah) menunjukkan bahawa price telah menurun dan membentuk bearish candlestick. Ianya terjadi apabila harga close price lebih rendah berbanding harga open price.
Asas candlestick chart

Lain-Lain Maklumat Berkaitan Candlestick Graf

Candlestick akan close dan membentuk sebatang candle yang sempurna berdasarkan timeframe yang anda lihat. Sekiranya anda melihat timeframe H1, maka sebuah candle yang sempurna dapat dilihat selepas sejam dan begitu juga sebaliknya dengan candlestick pada timeframe yang lain.

Selain itu, candlestick juga sering digunakan sebagai signal entry oleh pengguna price action yang mana mereka melihat kepada formasi candlestick reversal pattern ataupun candlestick continuation pattern untuk melakukan entry. Oleh itu adalah penting untuk kenali asas candlestick dengan kukuh.

Para trader juga sering menggunakan komponen candlestick iaitu high dan low price sebagai kawasan untuk meletakkan Stop Loss. Mereka percaya sekiranya price berjaya test atau break kawasan high atau low price candle ia bermaksud entry mereka tidak lagi valid.

Di dalam Forex Zero Swap saya ada mengajarkan sebuah pattern candlestick yang sangat profitable yang mana bila digandingkan dengan kawasan Supply and Demand, ia memberi kadar profitability yang cantik beserta Risk and Reward yang baik.

Kesimpulannya, seorang trader baru harus mempelajari dan mengetahui asas candlestick dalam forex. Asas ini merupakan satu titik tolak kepada trader untuk memahami pelajaran-pelajaran analisa yang lebih mendalam pada masa akan datang.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →