Bismillahirrahmanirrahim
Risk yang perlu dihadapi oleh para trader adalah loss semasa trading. Namun, terdapat dua jenis loss yang boleh terjadi iaitu floating loss ataupun total loss. Terdapat ramai trader yang menggunakan cut loss dalam forex untuk mengawal kerugian yang dialami. Oleh itu mari kita ketahu cara cut loss dalam forex yang diamalkan oleh para trader.
Apa itu Cut Loss dalam Forex
Cut loss merupakan satu cara manual untuk menutup kerugian yang di alami oleh seorang trader. Apabila market tidak menyebelahi trader tersebut, maka mereka akan terus close entry tersebut daripada terus rugi dan merosakkan akaun mereka.
Kebaikan Cut Loss dalam Trading
Antara kebaikan cut loss yang boleh disenaraikan adalah seperti berikut :
- Mengelakkan daripada entry yang salah rugi lebih besar
- Trader percaya bahawa entry itu benar-benar sudah tidak valid
- Tidak terdedah dengan risiko harga spike sebelum mengikut arah entry
Namun terdapat juga keburukan yang perlu dihadapi oleh para trader apabila menggunakan cut loss
- Meletihkan kerana terpaksa memantau chart dari semasa ke semasa
- Terdedah kepada volatility yang tidak menentu menyebabkan mereka tidak sempat untuk close price dalam keadaan yang rugi
- Tidak sesuai bagi mereka yang tidak berani dan takut untuk rugi
Cara Cut Loss Forex
Terdapat banyak cara yang diamalkan oleh trader yang menggunakan cut loss. Pertama, mereka menggunakan cut loss secara time base. Sebagai contoh, apabila price masih lagi floating sehingga keesokan hari, maka mereka akan cut loss entry mereka dan cuba mencari setup terbaru. Cara cut loss ini biasa digunakan oleh trader intraday. Mereka menggunakan batas waktu berdasarkan hari, berdasarkan 4 jam malah ada yang menggunakan minggu sebagai batas waktu mereka.
Kedua, cut loss forex berdasarkan keadaan market secara analisa teknikal. Sebagai contoh, trader A telah Buy pair EUR/USD kerana price telah berjaya close di atas Moving Average 50. Namun, apabila price mula melawan arah dan close di bawah Moving Average 50, trader A akan cut loss entry mereka disebabkan analisa teknikal mereka tidak lagi valid.
Siapa Yang Paling Sesuai Menggunakan Cut Loss
Trader yang paling sesuai untuk menggunakan cut loss adalah Scalper dan Intraday. Ataupun lebih tepat mereka yang trade pada Lower Time Frame iaitu TF H1 ke bawah. Disebabkan pergerakan price yang agak volatile pada lower TF membolehkan mereka monitor entry mereka kerana terdedah kepada pergerakan price yang melawan analisa mereka dalam masa yang singkat.
Kesimpulannya, seorang trader yang ingin menggunakan cara cut loss forex haruslah mempunyai keberanian untuk close entry mereka tanpa mempunyai perasaan menyesal apabila entry tersebut ditutup dalam keadaan rugi. Ada di antara trader yang selepas cut loss di laksanakan melihat price mengikut analisa sebelum itu membuatkan mereka merasa terkilan dan akhirnya mula melakukan adjustment yang tidak perlu terhadap trading plan mereka. Sekian terima kasih.