Cara Pajak Emas Ar Rahnu Yang Simple

Bismillahirrahmanirrahim

Emas merupakan salah satu barang berharga yang pada satu masa nanti boleh digunakan untuk dijual semula sewaktu memerlukan wang bagi perbelanjaan harian. Antara cara yang biasa digunakan adalah jual, gadai dan pajakkan saja emas tersebut. Namun, artikel kali ini akan menekankan cara pajak emas ar rahnu yang nampak susah tapi simple sebenarnya.

Apa itu Ar Rahnu

Ar Rahnu merupakan satu sistem gadaian yang berlandaskan prinsip mualamat Islam. Ia merujuk kepada satu barang yang berharga yang disandarkan kepada hutang yang dibuat. Barangan tersebut akan digunakan sebagai penebus bagi hutang yang tidak dapat dilunaskan.

Cara Pajak Emas Ar Rahnu

Dokumen Yang Diperlukan

Semasa ingin melakukan pajakan emas secara ar rahnu, pastikan anda membawa emas yang ingin dipajakkan, sijil ketulenan emas dan juga resit belian sekiranya ada.

Jenis Emas Yang Diterima

Kebiasaannya barang kemas, gold bar, dinar, syiling emas dan sebagainya. Namun, ianya berbeza antara pihak yang menyediakan servis pajakan emas secara ar rahnu. Jadi, bilamana anda ingin memajak emas anda, pastikan syarikat tersebut menerima emas yang anda ingin pajakkan. Sebagai contoh syarikat A tidak menerima coin dan gold bar namun syarikat B menerima coin dan goldbar.

Kadar Pinjaman Yang Diberikan

Kebiasaannya, pihak syarikat akan memberikan sehingga 65% pinjaman berdasarkan harga gadaian emas. Namun terdapat juga syarikat yang memberikan sehingga 70% pinjaman berdasarkan harga gadaian emas. Harga emas pula bukanlah berdasarkan harga semasa anda beli, ataupun harga emas dunia, tetapi ianya adalah harga yang syarikat tetapkan sendiri. Oleh itu, anda sendiri harus menghubungi mereka untuk mengetahui rate semasa untuk gadaian emas.

Densimeter - Specific Gravity Tester | Qualitest

Selepas itu, mereka akan menimbang emas anda menggunakan alat penimbang densimeter dan pernah terjadi kes yang mana alat penimbang densimeter menunjukkan keputusan yang berbeza berbanding dengan sijil ketulenan emas. Sebagai contoh dalam sijil menunjukkan 5 gram emas, namun apabila ditimbang, hanya 4 gram sahaja. Jika ianya berlaku terdapat dua kemungkinan iaitu:

  1. Anda telah ditipu penjual
  2. Alat penimbang densimeter itu telah rosak.

Caj Pengiraan Pajak Gadai Ar Rahnu

Caj pajakan emas ar rahnu atau dipanggil sebagai upah simpan seolah-olah ianya adalah upah syarikat tersebut simpankan emas tersebut. Secara asasnya kiraan upah simpan adalah sekitar RM 0.70 setiap RM 100 pada harga nilaian emas bukan pada harga nilaian pinjaman. Sebagai contoh, harga nilaian emas adalah RM 1,000 dan jumlah pinjaman adalah RM 700 (70% dari harga emas). Oleh itu upah simpanan adalah sebanyak RM 7 sebulan berdasarkan pada harga nilaian emas.

9 Tips Berguna Pajak Emas di Ar-Rahnu - Hargaemas MY

Tempoh Bayaran Balik

Biasanya pihak syarikat ar rahnu akan memberikan tempoh 6 bulan namun ada yang menawarkan sehingga 9-12 bulan. Sekiranya pinjaman tidak dibayar pada masa yang ditetapkan, emas tersebut akan dilelong. Oleh itu, sekiranya tidak dapat membayar lagi jumlah pinjaman tersebut, maka anda haruslah extend masa untuk pinjaman tersebut.

Anda boleh sahaja menebus semula emas anda pada bila-bila masa sahaja sebelum tempoh pinjaman berakhir. Jika tidak, emas anda akan digadaikan oleh pihak syarikat.

Cara Menyambung Tempoh Pajakan

Sebelum berakhir tempoh pajakan, boleh datang ke syarikat ar rahnu dan buat penilaian semasa. Jika penilaian semasa emas menunjukkan pertambahan disebabkan nilai emas meningkat, pihak syarikat akan menambah lagi jumlah pinjaman dan anda akan mendapat baki pinjaman tersebut. Namun, jika emas mempunyai susut nilai pada ketika itu, maka anda terpaksa membayar baki kekurangan tersebut.

Kesimpulannya, apabila telah melakukan dan mengetahui cara pajak emas ar rahnu, adalah menjadi kewajiban anda untuk menyelesaikan pinjaman yang diberikan untuk menebus emas yang anda telah pajakkan. Sekian terima kasih.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →