Kesilapan Melabur Dalam Unit Trust

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya terpanggil untuk bercerita tentang kesilapan melabur dalam unit trust. Idea ini terlintas apabila saya melihat satu lintasan facebook yang menunjukkan bahawa ada seorang pengguna di Facebook yang membuat perbandingan antara melabur dalam unit trust dan EPF. Malah, bersandarkan dengan pengalaman pengguna sendiri, saya sendiri tidak nafikan bahawa EPF lebih perform jika dibandingkan dengan unit trust pengguna tersebut dengan menggunakan tempoh masa yang sama.

Kesilapan Melabur Dalam Unit Trust

Salah satu perkara yang selalu ejen unit trust ceritakan adalah melabur dalam unit trust ini tidak perlu dipantau kerana ada fund manager yang akan terus mengawal selia portfolio pelaburan tersebut. Bagi saya ianya adalah salah kerana unit trust harganya akan turun dan naik. Perlu tahu dimana nak keluar apabila telah mencecah harga yang optimum. Oleh itu, ia tidak sesuai untuk orang atau ejen yang tidak tahu bagaimana untuk decide untuk stay atau keluar dari portfolio tersebut.

Kedua, biasanya mereka terbeli fund unit trust yang tidak perform dan mempunyai rating Lipper yang sangat rendah. Lipper Rating adalah satu website percuma yang menunjukkan prestasi sesuatu fund unit trust di seluruh dunia. Dengan hanya melihat kepada rating 1-5, anda sudah tahu adakah fund ini perform atau tidak, walaupun anda hanyalah seorang newbies. Bagi mereka yang tidak tahu langsung kewujudan platform itu, pasti anda akan terbeli fund yang sangat tidak bagus. Fund yang tidak bagus akan menyebabkan harga agak sukar untuk naik semula.

Ketiga anda membeli sesuatu fund ketika harga sudah berada diparas optimum. Harga di dalam pasaran saham sentiasa akan turun dan naik. Ada fasa turun dan ada fasa menaik. Pelabur yang baik akan membeli harga pada harga yang murah, bukan ketika harga mencanak naik dengan tinggi. Oleh itu antara cara untuk anda tahu harga adalah murah, anda boleh bandingkan harga terkini dengan harga YTD.

Contohnya harga YTD adalah RM 0.50 dan harga terkini adalah RM 0.40. Anda boleh membuat andaian bahawa harga fund tersebut adalah murah. Ketika inilah anda boleh berkira-kira berapakah modal untuk anda letakkan bagi fund tersebut.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang kesilapan melabur dalam unit trust. Unit trust tidak sesuai untuk mereka yang newbies. Ia bukanlah satu instrument yang boleh anda set and forget. Ada banyak faktor lagi yang perlu anda kuasai untuk menentukan anda boleh membuat duit dengan mudah melalui pelaburan unit trust. Inshaa ALLAH

Sumber : Pengalaman sendiri

Baca lagi : Bilangan Minimum Saham Patut Dipegang

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →