Bismillahirrahmanirrahiim
Saham sangat menguntungkan jika kena pada caranya. Tidak kisahlah sama ada anda seorang pelabur ataupun seorang trader, asalkan kaunter yang anda beli itu mempunyai potensi masa hadapan yang tinggi, ia bakal memberikan pulangan yang menakjubkan. Namun, pasti ada orang tertanya-tanya berapakah bilangan minimum saham patut dipegang bagi aktiviti pelaburan betul kan? Artikel kali ini akan cuba untuk menjawab soalan tersebut.
Bilangan Minimum Saham Patut Dipegang
Kajian yang dijalankan oleh professor Lawrence Fisher bersama dengan James H. Lorie di dalam tajuk diversification menunjukkan bahawa manfaat diversification dalam hanya boleh dinikmati apabila seseorang mempunyai pegangan sehingga 30 saham dalam satu portfolio.
Seandainya anda hanya mempunyai sedikit sahaja saham dalam pegangan anda, ia akan terdedah kepada risiko yang agak tinggi. Dengan adanya pelbagai jenis saham, ia dapat melandaikan risiko pasaran yang kerapa terjadi di dalam pelaburan saham, iaitu naik turun harga sesuatu saha tersebut. Namun, apabila sesuatu portfolio itu telah mencecah sehingga 100 saham, maka tahap risiko tidak dapat dilandaikan lagi kerana ia sudah mencapai titik optimum.
Risiko pasaran adalah risiko yang bersistematik. Risiko ini boleh dijangka dan tidak boleh dielakkan. Oleh itu seandainya anda memiliki sehingga sekurang-kurangnya 30 saham dalam portfolio, anda bakal menikmati kelebihan daripada faktor diversification.
Pada hari ini, ramai fund manager yang menggunakan teori yang telah diutarakan oleh professor ini. Jika anda tidak percaya cuba lihat kepada senarai pegangan saham di dalam unit amanah. Rata-rata mereka mempunyai pegangan saham lebih daripada 30 jenis saham untuk mendapatkan manfaat diversification itu sendiri.
Kesimpulan
Agak sukar pelabur runcit seperti kita yang mempunyai modal yang terhad untuk mendapatkan bilangan minimum saham patut dipegang. Ianya tidak kos efektif dan akan memakan keuntungan yang bakal diperolehi. Adalah bijak untuk mereka yang mempunyai modal yang rendah untuk fokus kepada aktiviti trading dan gunakan insturment unit amanah bagi aktiviti pelaburan. Inshaa ALLAH
Sumber : Labur Santai
Baca lagi : Analisa Teknikal Kaunter