Bismillahirrahmanirrahiim
Pembinaan Asset Allocation Strategy dalam pelaburan adalah seperti sebuah pasukan bola sepak. Ada Midfielder, Striker, Defender dan Goalkeeper. Setiap posisi mempunyai kelebihan tersendiri dan kesemuanya perlu bergantung antara satu sama lain dalam menjayakan satu misi iaitu GOL. Oleh itu, seorang pengurus yang bijak perlu tahu bagaimana untuk mengawal kesemua elemen ini untuk menyatupadukan mereka dalam mencapai objektif gol yang telah disasarkan.
Apa itu Asset Allocation Strategy
Asset Allocation Strategy (AAS) bermaksud jumlah peratus pegangan sesebuah aset di dalam satu portfolio pelaburan. Kebiasaannya, di dalam portfolio pelaburan akan mengandungi tiga jenis aset iaitu Ekuiti ataupun saham, Sukuk dan juga pasaran Wang. Kesemua jenis aset ini mempunyai kekuatan tersendiri dan bakal membantu antara satu sama lain dalam mencapai objektif keuntungan pelabur tersebut.
Sesebuah pembanguan Asset Allocation sangat bergantung kepada risiko profile pelabur itu sendiri. Tidak semua pelabur mempunyai risk apetite yang sama. Ada yang berani mengambil risiko yang tinggi, ada yang sederhana dan ada yang sangat conservative. Daripada risk profile inilah kita akan tune berapa percent yang bakal dilaburkan di dalam ketiga2 instrument aset yang telah dinyatakan sebelum ini.
Contoh Pembangunan Asset Allocation Strategy adalah Seperti berikut.
High Risk High Reward
- Ekuiti : 70 %
- Sukuk : 25%
- Pasaran Wang : 5%
Medium Risk, Medium Reward
- Ekuiti : 50%
- Sukuk : 45%
- Pasaran Wang : 5%
Low Risk, Low Reward
- Ekuiti : 10%
- Sukuk : 85%
- Pasaran Wang : 5%
Oleh hal yang demikian, disebabkan tidak semua manusia mempunyai risk profile yang sama maka wujudlah Asset Allocation Strategy yang berbeza-beza dan sesuai untuk setiap jenis keadaan. Sering diingatkan bahawa jika anda ingin melakukan pelaburan, jangan terikut-ikut dengan ajakan kawan dan keluarga. Buat penilaian diri terlebih dahulu, tahu risiko pelaburan tersebut, dan baru buat keputusan adakah anda sanggup untuk menghadapi kerugian atau tidak.
Contohnya, kawan anada mempunyai profile risiko yang tinggi dan sanggup rugi dalam tempoh waktu yang panjang demi keuntungan yang berlipat kali ganda. Tetapi anda bukanlah seperti kawan anda, bila mana portfolio anda baru jatuh sebanyak 10% anda seudah mula tidak tenang dan tidak boleh tidur memikirkan kerugian yang bakal anda hadapi.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan apa itu asset allocation strategy kepada anda semua. Suka saya tekankan sekali lagi bahawa pembangunan asset allocation ini sangat berkait rapat dengan risk profile anda sendiri. Jangan ikut kepada risk profile orang lain dan jujur dengan diri sendiri sebelum anda merangka portfolio pelaburan anda. Inshaa ALLAH.
Sumber : Labur Santai
Baca lagi : Risiko Saham Mempunyai Syarikat Berhutang Tinggi