Analisa Teknikal Kaunter GTRONIC

Bismillahirrahmanirrahim

Kembali lagi kita dalam review analisa teknikal. Kali ini aku nampak ada satu peluang atau setup di dalam kaunter GTRONIC. Untuk makluman korang, GTRONIC merupakan syarikat berasaskan teknologi yang aktif dalam pembekalan semikonduktor. Harga terkini bagi saham tersebut pada hari ini telah mencecah RM 1.45. Jom kita tengok analisa teknikal kaunter GTRONIC ni.

Analisa Teknikal Kaunter GTRONIC

Seperti biasa aku akan terangkan semua aspek yang terdiri daripada 5 elemen. Elemen-elemen tersebut adalah seperti dibawah.

  1. Trend Spotting
  2. Zone Trading
  3. Chart Pattern
  4. Signal
  5. Volume

Aku secara posifit melihat kaunter ini sedang dalam keadaan uptrend dalam timeframe Weekly dan pada timeframe D1 sedang dalam posisi retracement. Kita boleh lihat line signal MACD berada diatas centerline dan di dalam chart pula harga berjaya break Upper BB. Ini menunjukkan harga mempunyai momentum yang besar kerana berjaya break Upper BB.

Zone trading pula aku lihat harga dah pun berjaya retest pada lower BB. Pada timeframe Weekly pula aku dapat lihat bahawa harga sekarang ni dah retest Resistance Become Support (RBS). Analisa kaunter teknikal ini juga menunjukkan bahawa harga juga sedang retest Mid BB Weekly. Dengan ada dua confirmation ini, saya percaya ia adalah zon yang terbaik untuk kita cari peluang buy.

Chart pattern yang aku nampak disini adalah seperti pembentukan symmetrical triangle. Line bawah makin menaik dan line diatas makin menurun. Dalam masa yang sama nak kasi tambah rasa lagi, aku nampak adanya pembentukan hidden divergence dalam MACD. Kita boleh nampak pergerakan osillator semakin menurun tetapi pergerakan harga semakin menaik.

Aku nampak dah ada signal candlestick compression yang dah muncul dalam kaunter ini. Ditambah dengan MACD bar yang baru sahaja bertukar kepada warna hijau buat pertama kalinya. Bagi aku, ini adalah satu petanda signal yang cantik sebab ada wujudnya candlestick formation, disokong dengan indikator.

Untuk Analisa teknikal kaunter dari segi volume pula, ia masih tidak menunjukkan volume yang significant. Kita masih lagi menunggu untuk price break 10 Day Average volume. Apabila bullish volume bar berjaya close diatas average volume, baru kita boleh buat kesimpulan bahawa signal yang dijana dari candlestick pattern telah disokong dengan kekuatan volume.

Kesimpulan

Aku telah terangkan tentang Analisa Teknikal Kaunter GTRONIC dan aku masih lagi menunggu untuk volume yang significant sebelum masuk entri. Walaupun signal dah keluar, namun aku perlu berhati-hati kerana market agak bergelora. Banyak gak kaunter yang aku cutloss untuk mengelakkan rugi yang lebih besar.

Sumber : Pengalaman sendiri

Baca lagi : Review Fund Unit Trust

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →