Review Analisa Teknikal Kaunter ADVCON

Bismillahirrahmanirrahiim

Hujung minggu adalah waktu paling best untuk trader swinger macam aku nak screening saham dan buat analisa teknikal. Untuk minggu ini, aku akan berikan tumpuan kepada satu kaunter yang aku lihat boleh beri pulangan yang baik. Aku akan buat review analisa teknikal kaunter ADVCON dan diharap perkongsian ini dapat memberikan nilai kepada korang semua sebagai pembaca.

Profil Advancecon Holding Berhad

Syarikat Advancecon Holding Berhad (ADVCON) adalah syarikat yang terlibat dalam sektor pembinaan. Ia telah disenaraikan di dalam Papan Utama (Main Market) dan telah beroperasi lebih dari 25 tahun dalam sektor civil engineering dan infrastruktur. Sehingga kini, ADVCON telah mendapat pengiktirafan ISO CIDB G7, yang memberikan kebolehan kepada pasukan mereka untuk bid tender kerajaan

Review Analisa Teknikal Kaunter ADVCON

Seperti biasa, aku akan melihat kepada 5 aspek yang berkaitan. Aspek-aspek tersebut adalah seperti dibawah :

  1. Trend Spotting
  2. Zone Trading
  3. Chart Pattern
  4. Signal
  5. Volume

Aku melihat kaunter ini dalam keadaan uptrend. Aku gunakan timeframe W1 untuk melihat keadaan trend overall. Terdapat candlestick yang berjaya break diluar Upper Bollinger band yang aku andaikan sebagai resistance. Ini menunjukkan adanya momentum yang kuat untuk memulakan perjalanan uptrend. Sekarang harga sedang drop yang mana aku percaya ia adalah retracement. Kemudian, aku juga dapati signal line masih lagi berada diatas Centerline 0 yang memberikan petunjuk bahawa uptrend masih lagi in lay.

Aku juga dapat kesan bahawa harga sedang berada dibawah mid BB W1 dan telahpun retest lower bollinger band yang aku anggap sebagai support. Malah, bila aku buat satu horizontal line, aku dapati adanya satu pembentukan resistance become support. Price telah berjaya break line tersebut dan telah retrace dan retest line tersebut.

Seterusnya aku lihat pula pada chart pattern. Aku dapati satu pembentukan descending triangle sedang terjadi. Chart ini biasa terjadi semasa retracment sesuatu price berlaku sebelum ia menyambung semula pergerakan trend sebelumnya. Selain itu, aku juga dapat kesan terjadinya pembentukan bullish divergence yang mana harga di dalam chart sedang menurun, manakala di MACD signal line semakin menaik.

Signal yang dikeluarkan pada chart ini juga telah muncul dan memberikan petanda untuk harga akan mula untuk naik dalam masa terdekat. Aku dapati pada MACD, pembentukan histogram hijau baru sahaja terjadi. Malah pada permulaan sebelum histo hijau terbentuk, telah terbentuknya candlestick compression signal. Ditambah lagi yang mana kita dapat lihat candle berjaya break line yang aku lukis untuk membentuk descending triangle.

Terakhir, aku lihat terdapatnya satu signifikan volume yang berlaku 2 Nov 2023. Terdapat satu bullish bar volume yang berjaya break 10 Day Moving Average Volume itu sendiri. Ini memberi maksud adanya satu volume luar biasa yang menyokong pembentukan signal yang telah dihasilkan pada 2 Nov tersebut.

Kesimpulan

Ini adalah masa terbaik untuk aku beli kaunter ini kerana semua aspek yang aku perhatikan telahpun menyokong untuk aku membeli kaunter ini. Cukuplah untuk aku review analisa teknikal bagi kaunter ADVCON ini. Inshaa Allah, jika ada rezeki, kaunter ini akan fly dan memberikan keuntungan kepada pelabur dari segi capital gain. Sekian terima kasih.

Sumber : Pengalaman milik ALLAH SWT

Baca lagi : Cara Nak Spot Accumulation dan Distribution

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →