Bismillahirrahmanirrahiim
Korang pernah belajar wyckoff trading tak? Aa yang ada fasa accumulation dan distribution tu. Tapi mesti korang macam susah kan nak compute atau identify kat mana nak cari fasa accumulation dan distribution tu kan? So artikel kali ini akau akan terangkan tentang cara nak spot accumulation dan distribution dalam sesuatu chart menggunakan indikator yang basic.
Apa itu Accumulation dan Distribution
Sebelum aku perjelaskan dengan lebih lanjut cara nak spot accumulation dan distribution tu, moleklah kalau kita berikan sedikit penerangan tentang definisi itu sendiri. Dalam wyckoff accumulation bermaksud pengumpulan saham yang dilakukan oleh big money. Mereka cuba untuk membeli sesuatu saham pada harga yang serendah mungkin untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimakan kos.
Hasil daripada accumulation ini akan mewujudkan satu pattern di dalam chart yang mana kita akan lihat seperti pembentukan sideway ataupun rectangle. Apabila ianya berlaku, pattern ini menunjukkan petanda awal untuk harga naik lebih tinggi. Tambahan, bila big player ni dah kumpul sasaran unit saham yang dikehendaki, baru la diorang akan push order yang lebih besar. Apabila muncul satu order yang besar, para trader lain juga akan cuba untuk ride the wave yang mana menguatkan lagi impak kenaikan harga tersebut.
Begitu juga dengan distribution, ia juga akan memberikan pattern atau bentuk yang sama tetapi vice versa. Distribution bermaksud pengagihan saham yang mana big player cuba untuk menjual saham mereka pada harga setinggi mungkin. Mereka tidak mahu untuk menjual keseluruhan unit secara mendadak kerana ia akan menyebabkna panic selling berlaku dan menyebabkan harga akan jatuh terlalu cepat. Oleh itu mereka akan menjual sedikit demi sedikit sehingga semua unit pegangan mereka berjaya dilepaskan dalam pasaran terbuka.
Cara Nak Spot Accumulation dan Distribution
Ini adalah salah satu cara sahaja untuk bantu korang cari kemungkinan fasa fasa ini berlaku. Ia bukanlah satu method yang solid, tapi mungkin boleh membantu korang yang tak mampu untuk membaca chart secara manual. Oleh itu kita akan gunakan bantuan indikator untuk mengenalpasti fasa-fasa accumulation dan distribution.
Kita hanya akan menggunakan bolinger band sahaja. Umum kita ketahui bahawa bollinger band akan bertindak seperti getah. Jika band tersebut mengembang ia bermaksud saham tersebut mempunyai momentum dan jika band tersebut menguncup, maka kita tahu bahawa saham tersebut tiada momentum untuk bergerak.
Sekarang kita lihat, fasa accumulation dan distribution ini akan menyebabkan harga akan jadi sideway, dan tiada momentum besar akan berlaku dalam fasa tersebut. Oleh itu apa yang kita perlu perhatikan adalah kita perlu cari dimana harga mula bergerak sideway, disokong dengan bentuk bollinger band yang menguncup. Tambahan kita juga kena lihat penguncupan bollinger band tersebut haruslah berlaku dalam jangka masa yang agak lama.
Sekiranya ada kedua-dua elemen ini iaitu bolinger band yang menguncup dan berlaku dalam tempoh yang agak lama, kebarangkalian besar accumulation / distribution sedang berlaku. Selanjutnya, korang hanya perlu tentukan dimana untuk melakukan entry apabila telah berjaya spot fasa-fasa tersebut.
Kesimpulan
Aku telah kongsikan dengan korang tentang Cara Nak Spot Accumulation dan Distribution dengan hanya menggunakan bollinger band sahaja. Ingat kedua-dua key ini ya, bolinger band harus menguncup dan ia mesti berlaku dalam tempoh yang lama. Sekian terima kasih.
Sumber : Pengalaman sendiri
Baca lagi : Lima Tarikh IPO Dalam Saham