Review Fund Unit Trust dari Syarikat Pheim

Bismillahirrahmanirrahiim

Setelah sampai hujung bulan, maka adalah dana sedikit nak pilih fund unit trust. Aku labur unit trust ni tenang sikit, sebab tak payah tengok hari2. Adalah sekali dua je aku tengok, tapi biasanya aku akan tengok performance semua fund unit trust aku setiap bulan. So aku nampak ada satu fund yang sangat menarik dan aku akan buat review fun unit trust dari syarikat Pheim ni.

Kalau korang nak tahu unit trust operator dalam Malaysia ni banyak ada dalam 30-40 company kot. Semua ada fund yang berbagai-bagai. Tapi sebab aku dah tahu macamana nak cari fund yang berkualiti dan murah serta memberikan pulangan yang agak syok, maka tak adalah aku terikat dengan satu syarikat sahaja.

Review Fund Unit Trust (Pheim Asia Ex Japan Islamic)

Haa inilah fund yang aku maksudkan. Fund ni dia bersifat agresif sebab dia labur kebanyakan dalam saham. Saham2 tersebut adalah saham2 dekat sekitar Asia, tidak termasuk Japan. Sebab tu ada perkataan Ex dalam nama fund tu. Mostly saham diorang diniagakan adalah di Malaysia kemudian diikuti dengan Indonesia, Korea, Filipina, Australia, Hong Kong dan Singapura.

Dibawah ni pulak kita boleh tengok senarai Top 10 saham terbesar dalam saham tu. Paling banyak adalah Tencent Holding dari Hongkong. Saham Malaysia yang terbesar dipegang adalah Hibiscus Petroleum Berhad dengan pegangan sebanyak 3.02% dari jumlah keseluruhan saham. Bila tengok Top 10 Holding ni kita nampak la yang pemilihan saham yang dibuat consider baik la dan lengkap dengan diversification dari segi sektor dan geografi.

Secara fundamentalnya, kita akan tengok fund ni best ke tak berdasarkan daripada report Lipper Rating. Dalam Lipper rating, mereka akan rate berdasarkan kepada 5 faktor tetapi kebanyakan yang pelabur lihat adalah pada 3 faktor sahaja iaitu Total Return, Consistence Return dan juga Preservation. Skor tertinggi adalah 5 dan terendah adalah 1. Untuk fund ni, Total return dapat 4/5, Consistent Return 4/5 dan Preservation 3/5. So memang power la sebab tak ada la teruk sangat skor 2 kebawah. Semua dapat skor 3 keatas.

Ok, kita dah dapat dah yang mana fund ni fundamental memang cun. Sekarang kita nak fokus adakah fund ni harganya murah. Jom kita tengok chart harga fund ni.

Sekali tengok aku dah syok dah sebab harga fund ni kita consider murah. Cuba tengok dalam tempoh 3 tahun, harga dah berada dibawah harga permulaan. Malah harga sekarang dah berada dibawah Moving Average dan sekarang ni nampak macam tengah buat consolidation pattern. Harga bawah MA, bawah harga permulaan 3 yeas, bawah Fibo 50.0, semua indicator ni menunjukkan harga fund ni Murah!

Sekarang fundamental dan teknikal analisis dah tunjukkan hint yang posiitf. Kita tengok pulak berapa pulangan yang bakal kita perolehi sekiranya harga terus menaik daripada harga semasa. Jom tengok senario dibawah.

  1. Harga Semasa : 0.56 sen
  2. Harga tertinggi dalam tempoh 3 tahun : 0.71 sen

Jika korang beli sekarang dan harga hit pada 0.71 sen, keuntungan yang bakal korang perolehi adalah sebanyak 26.7% bro. Kita bayangkan kalau korang labur RM 100,000 dan pulangan yang bakal diperolehi adalah RM 26,700. Ini belum tolak servis charge ye. Kita juga andaikan yang pulangan ni boleh dapat lepas 3 tahun, so kalau anggaran tahunan mungkin 8-9%, lagi tinggi dari rate ASB semasa.

Kesimpulannya

Belilah fund ni, sebab kualiti baik, harga rendah. Harga2 camni takkan dapat setiap hari. Dia kena ikut cycle market. Papehal pun keputusan pelaburan ditangan anda. Sekian terima kasih. Alhamdulillah.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →