Dua Jenis Keuntungan Dalam Pelaburan

Bismillahirrahmanirrahiim

Semua orang melabur nakkan keuntungan betul? Jadi, terdapat dua jenis keuntungan dalam pelaburan. Ada yang bersifat pasif dan ada yang bersifat aktif. Malah ada yang ingin dapatkan kedua-duanya sekali. Setiap orang ada pilihannya tersendiri. Korang boleh lah decide jenis keuntungan mana yang korang nak apabila dah tahu ciri-ciri keuntungan yang bakal diperolehi dari instrument pelaburan korang.

Pengagihan Pendapatan / Dividen

Ini merupakan salah satu dari dua jenis keuntungan dalam pelaburan. Ia bermaksud perkongsian keuntungan oleh syarikat kepada pemegang syer. Biasanya ia akan diberikan berdasarkan berapa banyak unit pelaburan yang dimiliki oleh pelabur. Semakin banyak unit yang dimiliki, maka semakin tinggi jumlah dividen yang bakal diterima oleh pelabur.

Contohnya, banyak saham yang membayar dividen kepada pemegang syer. Mereka membayar dividen hasil daripada keuntungan syarikat yang diperolehi melalui aktiviti perniagaan. Manakala untuk pelaburan REIT, pengagihan pendapatan dapat dilaksanakan hasil daripada kutipan sewa dari hartanah-hartanah yang disewakan seperti lot kedai dan mall. Bagi pelaburan berasaskan sukuk pula, mereka menikmati pulangan berasaskan kepada bayaran kupon.

Kenaikan Harga Aset

Sumber kedua pendapatan dari pelaburan adalah kenaikan harga aset itu sendirii. Ini adalah sangat mudah untuk difahami. Contohnya, anda beli sebuah rumah berharga RM 100,000 pada tahun 2000, dan pada tahun 2010, harga rumah tersebut berharga sebanyak RM 200,000. Kenaikan sebanyak 100% dalam tempoh 10 tahun inilah yang dinamakan sebagai keuntungan modal ataupun capital gain.

Saham pula lebih terdedah dengan perubahan harga. Pada hari ini mungkin harga seunit saham A adalah sebanyak RM 0.50. Mungkin keesokan harinya, harga seunit saham A akan berubah kepada RM 0.60. Kenaikan sebanyak RM 0.10 inilah yang dicari-cari oleh para trader atau pelabur. JIka kita ubah kepada bentuk percentage, kenaikan yang dihadapi adalah sebanyak 20% dan hal ini boleh terjadi dalam tempoh dan singkat dan ianya boleh dikatakan kerap terjadi dalam pasaran saham.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan secara ringkas apakah dua jenis keuntungan dalam pelaburan. Secara amnya, apabila anda melabur, anda bakal menikmati kedua-dua jenis keuntungan tersebut, cuma apa yang anda perlu beri perhatian jenis manakah yang lebih dominan dalam memberikan anda keuntungan. Contohnya, saham yang bersifat growh lebih cenderung untuk memberikan pulangan dalam bentuk capital gain berbanding dividen.

]Semoga ALLAH Taala sentiasa merahmati kita dengan ilmu-ilmuNya. Inshaa ALLAH.

Sumber : Labur Santai

Baca lagi : Tips Jimatkan Perbelanjaan Bulanan

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →