Tips Jimatkan Perbelanjaan Bulanan

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini aku akan sentuh sedikit tentang tips jimatkan perbelanjaan bulanan. Sebenarnya benda ni semua adalah mindset dan cuma sedikit sahaja yang berkaitan dengan teknikaliti. Perancangan perbelanjaan ni adalah step pertama dalam pengurusan kewangan, diikuti dengan bayar hutang, simpanan, pelaburan, takaful dan akhir sekali wasiat.

Senarai Tips Jimatkan Perbelanjaan Bulanan

Sebenarnya tips ni dah bersepah dalam internet. Cuma aku ceritakan berdasarkan pengalaman aku sendiri. Jadi, aku senaraikan apa yang aku buat untuk jimatkan belanja bulanan dan duit selebihnya aku gunakan bagi aktiviti pelaburan pulak.

  1. Beli barangan semasa ada discount atau sales
  2. Gunakan barangan alternatif yang kualiti lebih kurang
  3. Beli barangan semasa off peak season
  4. Beli barangan dalam bentuk pukal.

Aku suka beli barang masa ada sales atau discount. Tapi korang kena peka sikit la dengan harga barang sebab penjual ni pun setan gak. Bubuh je 50% discount tapi harga sama je. Aku biasa subscribe email dari Sogo ke AEON ke sebab bila diorang ada sales atau promo, diorang akan hantar e-catalog dekat dalam email. So masa ni lah aku akan dapatkan barang barang pada harga yang rendah dari pasaran.

Kedua aku selalu beli barangan alternatif. Bagi aku, kadang-kadang kita bayar mahal sesuatu barangan adalah disebabkan nama brand. Ada je brand yang tak ada nama tapi mempunyai kualiti yang lebih kurang dari brand ternama. Contohnya adalah aku beli Milo. Aku cuba cari alternatif selain Milo iaitu Meadow, harga lebih murah dan lebih mengejutkan, rasa dia lebih sedap bagi tekak aku la.

Seterusnya aku akan beli barangan masa off peak season. Contoh macam Hari Raya la. Sebulan sebelum raya, aku akan beli barangan yang mempunyai permintaan tinggi masa peak contoh macam gula dan tepung. Bayangkan harga boleh meroket waktu seminggu sebelum raya. Baik aku beli masa off peak, benda pun boleh simpan lama.

Terakhir aku suka beli barang dalam bentuk pukal, berbeza aku beli satu-satu. Contohnya susu tin. Kalau aku bandingkan beli satu-satu ngan aku beli satu crack terus, lagi murah kalau aku beli satu crack terus. Susu tin pun boleh tahan lama. Setakat nak simpan satu crack dalam stor tu bagi aku tak menjadi masalah langsung asalkan kita pandai untuk uruskan stor barangan basah kita.

Kesimpulan

Akhir kata tepuk dada tanya selesa. Tips jimatkan perbelanjaan bulanan yang aku tulis ini cuma guide kasar sahaja. Ada banyak lagi pendekatan dan cara yang lebih sistematik dan complex. Tetapi pokok pangkalnya tetap bermula daripada mindset kita sendiri. Adakah kita mempunyai mindset untuk sentiasa mendapat barangan pada harga diskaun ataupun tidak.

Sumber : Pengalaman sendiri dari ALLAH SWT

Baca lagi : Teknikal Analisis Kaunter Saham MRO

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →