Bismillahirrahmanirrahiim
Ringgit cost averaging (RCA) adalah konsep yang sama dengan Dollar Cost Averaging, namun yang membezakan hanyalah matawang yang digunakan. Konsep RCA ini telah banyak dibincangkan secara meluas dalam kalangan pelabur. Artikel kali ini akan menerangkan tentang kepentingan RCA dalam pelaburan.
Kepentingan RCA Dalam Pelaburan.
Perkara yang perlu kita sering terapkan adalah melabur secara RCA memerlukan disiplin diri, kekuatan untuk memekakkan telinga dan membutakan mata. Ketika anda melakukan RCA, anda akan dengar banyak berita-berita ekonomi yang kurang enak menyebabkan anda bila bila masa sahaja boleh hilang semangat dan tidak lagi mahu meneruskan strategi RCA ini.
Pekakkan telinga dan disiplinkan jiwa. Itulah rahsia sebenar untuk melaksanakan teknik RCA ini. Kebanyakan para pelabur baru adalah dalam kalangan mereka yang bekerja kerana mereka mempunyai gaji yang stabil dan mudah untuk membuat agakan berapakah jumlah lebihan yang mereka ada setiap bulan. Namun, kekurangannya adalah mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat analisa yang mapan untuk mengetahui sama ada sesuatu saham itu sudah undervalue ataupun tidak.
Kepentingan RCA dalam pelaburan secara tidak langsung boleh bantu mereka untuk buy low dan sell high. Inilah mantera yang paling berkesan dalam pelaburan. Tiada seorang pun yang tahu bilakah masa menunjukkan sesuatu instrument telah mencapai titik harga terendah. Mungkin, ia boleh jatuh lebih rendah lagi atau mungkin ia boleh naik dengan lebih tinggi lagi.
RCA inilah yang kita gunakan untuk menghapuskan masalah tiadanya masa untuk melakukan analisa yang mapan serta ketidaktahuan untuk mengenalpasti dimanakah harga saham yang ideal untuk dibeli. Dengan hanya melakukan pelaburan secara berkala sama ada bulanan, secara quarter atau tahunan, ia akan bantu anda untuk mendapatkan harga purata yang terbaik seterusnya memberikan keuntungan yang baik untuk pelabur itu sendiri.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan kepentingan RCA dalam pelaburan. Method yang cukup mudah untuk diaplikasikan oleh sesiapa sahaja. Namun yang menjadi penghalang adalah kekuatan jiwa untuk menyerap segala berita negatif sewaktu harga jatuh dengan terus untuk mana-mana instrument pelaburan yang kita libatkan diri. Inshaa ALLAH, semog ada rezeki untuk kita semua.
Sumber : Labur Santai
Baca lagi : Adakah Oversubscribe IPO Baik Untuk Pelaburan