Bismillahirrahmanirrahim
Seorang manusia yang normal, biasanya kita akan membuat keputusan berdasarkan kepada dua elemen iaitu nafsu dan akal. Setiap hari dua perkara ini akan menjadi tunjang utama dalam membuat apa apa sahaja keputusan dalam kehidupan. Sama seperti dalam pelaburan, emosi manusia dalam pelaburan memang tidak dapat dipisahkan.
Emosi Manusia Dalam Pelaburan
Di dalam dunia pelaburan, anda akan kerap untuk melakukan keputusan. Kerana keputusan anda akan menentukan sama ada anda akan untung besar, untung kecil, breakeven, rugi besar ataupun rugi kecil. Contoh contoh perkara yang kerap memerlukan anda membuat keputusan dalam pelaburan adalah seperti berikut :
- Dengan modal yang terhad, saham A atau B yang terbaik untuk dilaburkan.
- Nak melabur keseluruhan modal yang ada atau sebahagian sahaja
- Nak diversify berapa banyak instrument
- Nak melabur dalam atau luar negara
- Nak melabur sekarang atau tahun depan
- Nak melabur agresif atau defensive
Setiap pilihan ini mempunyai kadar risiko dan pulangan yang berbeza-beza. DIsebabkan keputusan setiap pelaburan adalah berbeza, maka emosi manusia dalam pelaburan akan turut serta. Selalunya sifat tamak, nak lebih banyak lagi, tak sabar untuk profit atau ingin balas dendam adalah antara emosi dalam pelaburan yang negatif.
Pelabur yang baik akan sentiasa melakukan timbang tara untuk semua fakta fakta pelaburan sama ada melalui prospektus pelaburan, pulangan pada masa lampau, risiko yang diambil serta strategi yang diamalkan. Dalam pelaburan tidak boleh semberono kerana ia melibatkan modal dan masa. Rugilah kalau kita tak dapat apa yang kita idamkan setelah menghabiskan modal dan masa disebabkan melabur dalam instrument yang tiada prospek keuntungan.
Berdasarkan kepada semua fakta yang diperolehi oleh pelabur, maka satu keputusan telahpun dibuat. Namun, satu lagi perkara yang mungkin menjadi penghalang adalah emosi takut untuk trigger pelaburan tersebut. Takut rugi dan takut tidak memberikan pulangan yang sepatutnya. Inilah antara emosi yang paling banyak dilalui oleh para pelabur, walaupun mereka telahpun mempunyai data-data yang solid menyokong kepada keputusan mereka.
Kesimpulan
Seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini, emosi manusia dalam pelaburan memang tidak dapat dipisahkan. Untuk menjadi seorang yang berani mengambil risiko, mereka haruslah sentiasa melakukan latihan dengan kerap dan bermula dengan akaun yang bermodal kecil dan semakin lama semakin membesar. Inshaa ALLAH
Sumber : Labur Santai
Baca lagi : Cara Nak Spot Accumulation dan Distribution