Apa itu Money Market

Bismillahirrahmanirrahiim

Money market ataupun singkatannya (MM) disebut dalam bahasa melayu sebagai pasaran wang. Ia berfungsi seperti instrument sukuk tetapi mempunyai tempoh matang atau jangka hayat yang sangat pendek iaitu tidak melebihi satu tahun atau 365 hari. Malah, MM adalah instrumen pelaburan yang berisiko hampir tiada. Artikel kali ini saya akan membahaskan tentang apa itu Money Market

Apa itu Money Market

MM selalu digunakan untuk park dahulu duit pelaburan anda sebelum membeli mana-mana instrument pelaburan yang lebih mendatangkan hasil yang lumayan. At least anda dapat menjana wang anda walau sedikit sementara menunggu peluang pelaburan seterusnya. Biasanya jika market tidak stabil, kebanyakan pelabur akan mula park duit mereka di dalam Money Market

Berbeza dengan meletakkan duit di akaun simpanan tetap, Money Market mempunyai fleksibiliti yang lebih tinggi yang mana duit tersebut boleh dikeluarkan pada bila bila masa sahaja dan mempunyai kos yang hampir tiada. Kebanyakan institusi yang menawarkan Money Market ini tidak mengenakan apa apa caj terhadap pelaburan tersebut.

Kerajaan menggunakan Money Market untuk membiayai pengurusan atau pentadbiran negara. Mereka menggunakan bank pusat untuk menjual treasury bill atau hutang jangka pendek yang kurang dari setahun. Kemudian, wang yang diperolehi akan digunakan untuk pembangunan fiskal negara ataupun operasi pentadbiran kerajaan.

Syarika tkorporat pula menggunakan MM untuk urusan perniagaan atau projek jangka masa pendek. Ini lebih baik dilaksanakan berbanding membuat pinjaman dengan bank kerana pinjaman dengan bank akan melibatkan pembayaran bunga yang sangat tinggi. Ini secara tidak langsung akan menaikkan kos operasi syarikat tersebut seterusnya akan membuatkan perolehan keuntungan menjadi rendah.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan kepada anda apa itu money market. Amnya, saya menggunakan money market tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai parking facility sahaja. Ok la kan sementara nak tunggu next cycle pelaburan, anda masih boleh gain duit anda sekitar 3% per annum dengan risiko yang sangat sangat rendah kan? Inshaa ALLAH

Sumber : Labur Santai

Baca lagi : Emosi Manusia Dalam Pelaburan

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →