Kelebihan Melabur Dalam REITs

Bismillahirrahmanirrahiim

Pelaburan REITs masih lagi tidak diwar-warkan secara meluas kepada rakyat Malaysia. Bahkan ia juga bukanlah pilihan utama pelabur untuk melabur di dalam REITs kerana pelabur lebih sukakan single stock yang membayar dividen yang lebih tinggi dan juga capital appreciation yang lebih berpotensi. Artikel kali ini saya akan mengulas kelebihan melabur dalam REITs kepada semua pembaca.

Kelebihan Melabur Dalam REITs

Amnya, kita telah ketahui bahawa REITs hanya akan melaburkan wang mereka ke dalam pasaran Hartanah. 90% dari keuntungan mereka haruslah ditukar kepada bentuk dividen dan dibayar semuanya kepada para pelabur yang melabur. Jom kita tengok senarai kelebihan melabur dalam REITS.

Pertama, REITs diuruskan oleh pengurus dana yang professional. Bila kita sebut pengurus dana, kita akan tahu ianya bukan one man job. Ia akan melibatkan satu pasukan yang menilai sama ada hartanah yang bakal dibeli atau hartanah yang sedang disewa sedang diuruskan dengan baik. Anda tidak perlu lagi fikir kerenah penyewa yang culas bayar sewa atau tidak kerana semuanya telah diuruskan oleh mereka.

Kedua REITs memberikan pilihan kepada anda untuk memilih jenis hartanah yang ingin dibeli. Setiap REITs mempunyai tema pelaburan hartanah tersendiri. Ada REITs yang fokus kepada pelaburan hartanah kesihatan seperi Al-Aqar REIT dan ada juga yang fokus kepada kompleks membeli belah seperti KLCC REITs. Jadi, dengan adanya pelbagai pilihan, ini akan memberikan lebih diversifikasi kepada para pelabur.

Ketiga, modal anda mudah dicairkan. Ia tidak akan melibatkan proses penjualan hartanah yang memakan masa yang berbulan-bulan, malah ada sehingga lebih setahun. Apa yang anda perlu laksanakan adalah anda buka sahaja akaun trading broker anda dan klik untuk jual. Proses pemindahan ownership itu hanya akan memakan masa sekitar satu hari sahaja dan duit anda akan dimasukkan terus ke dalam akaun trading broker anda.

Keempat, REITs memberi pulangan dividen yang stabil setiap tahun. Malah REITs membayar dividen hingga 3x dalam tempoh masa setahun, bergantung kepada keputusan pengurusan tertinggi mereka. Walaupun kadar purata dividen mereka sekitar 6%, tapi disebabkan ianya diberi lebih cepat dan kerap, ia akan memperdepatkan lagi proses compounding modal pelaburan anda.

Terakhir untuk anda melabur dalam REITs ianya memerlukan modal yang sangat rendah. Anda boleh bermula dengan RM 1,000 untuk melabur atau lebih rendah dari itu. Anda tidak perlu untuk memabyar deposit, fi guaman atau takaful untuk membeli hartanah. Hanya bermodalkan kurang dari RM 1,000 anda layak untuk menikmati semua kelebihan yang ada sebagai seorang pelabur hartanah.

Kesimpulan.

Saya telah menerangkan tentang kelebihan melabur dalam REITs. Semua dana dana REITs boleh dibeli secara terbuka di dalam BURSA. Jika anda sudah ada akaun trading bersama dengan broker tempatan, anda boleh cari senarai dana dana REITs yang ada dan boleh pilih dana mana menjadi pilihan anda berdasarkan tema pelaburan hartanah yang unik bagi setiap REITs. Inshaa ALLAH

Sumber : Labur Santai

Baca Lagi : Analisa Teknikal Kaunter LIONIND

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →