Bismillahirrahmanirrahiim
Dunia pelaburan kini sekarang berada di hujung jari. Kesedaran orang ramai terhadap pentingnya pelaburan juga turut meningkat dengan mengira statistik peningkatan pendaftaran akaun CDS di Malaysia. Sebagai seorang pelabur, anda harus faham konsep benchmark dalam pelaburan anda sendiri. Ia akan menjadi kayu ukur sama ada pelaburan anda berbaloi ataupun tidak.
Konsep Benchmarking Dalam Pelaburan
Amnya, apabila seseorang melabur di dalam saham Malaysia, mereka selalu menggunakan pulangan ASB sebagai benchmark mereka. Katakan pulangan dividen purata ASB adalah 5% setahun, mereka akan cuba untuk mendapatkan dividen atau capital gain lebih dari 5% setahun. Jika ia berjaya, maka objektif pelaburan mereka telahpun tercapai dengan jayanya.
Seperti ASB, mereka juga menggunakan tanda aras untuk menentukan sama ada unit amanah mereka lebih berbaloi untuk dijadikan pilihan pelaburan atau tidak. ASB menggunakan 12 Bulan Deposit Tetap Maybank yang memberikan pulangan purata sekitar 3%. Oleh itu, jika ASB berjaya menghasilkan pulangan lebih dari 3% ianya dikira berjaya dan berbaloi untuk melabur dalam ASB itu sendiri.
Sekiranya anda biasa melabur dalam unit amanah harga berubah, di dalam prospektus mereka sendiri ada menyatakan apakah tanda aras yang digunakan oleh mereka untuk mengukur sama ada unit amanah mereka berjaya perform ataupun tidak. Jika skim cepat kaya pula, mereka menggunakan penanda aras kereta mewah, rumah mewah dan pelancongan luar negara sebagai penanda aras pelaburan scam mereka.

Namun, ada juga orang silap faham dengan konsep benchmark dalam pelaburan mereka. Paling mudah adalah mereka tidak membandingkan pelaburan mereka dengan pelaburan yang setara atau setanding dengannya. Contohnya, jika anda melabur dalam pelaburan emas, anda tidak boleh menggunakan kayu ukur pelaburan ASB sebagai perbandingan kerana ASB bersifat low risk, manakala emas bersifat high risk (komoditi automatik high risk).
Kesimpulan
Saya telah terangkan berkenaan dengan konsep benchmarking dalam pelaburan. Jadi, anda boleh pilih penanda aras anda sendiri untuk menentukan sama ada portfolio pelaburan anda boleh dikira berjaya atau gagal. Jika gagal, cuba untuk attune lagi portfolio anda supaya berjaya untuk mengatasi tanda aras yang telah anda pilih sendiri. Sekian terima kasih.
Sumber : Labur Santai
Baca lagi : Kelebihan Dalam Pelaburan REITs